Berita Harian

Moscow pertimbang tukar tahanan Ukraine dengan sekutu Putin

-

Moscow: Russia akan mempertimb­angkan untuk menukar tahanan dari batalion Azov Ukraine untuk Viktor Medvedchuk, seorang ahli perniagaan Ukraine yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin, kata seorang perunding Russia.

“Kami akan melihat kemungkina­n itu,” kata Leonid Slutsky, anggota kanan pasukan rundingan Russia di Ukraine bercakap dari bandar pemisah Donetsk di tenggara Ukraine, lapor agensi berita RIA Novosti.

Medvedchuk, 67, seorang ahli politik dan antara individu terkaya di Ukraine, terkenal kerana hubungan rapatnya dengan Putin.

Beliau melarikan diri daripada tahanan rumah selepas penceroboh­an Russia ke atas Ukraine pada Februari, tetapi ditahan semula pada pertengaha­n April lalu.

Jumaat lalu, tentera Russia mengumumka­n pasukan pertahanan terakhir di bandar pelabuhan strategik Mariupol di tenggara Ukraine menyerah kalah selepas bertahan di kilang keluli Azovstal selama berminggu-minggu.

Antara pejuang Ukraine yang menyerah diri kepada tentera Russia adalah anggota rejimen Azov, bekas unit separa tentera yang bergabung dengan angkatan bersenjata Ukraine.

Russia menyifatka­n unit itu yang mempunyai hubungan sebelum ini dengan kumpulan sayap kanan sebagai pertubuhan neo-nazi.

Pada 26 Mei lalu, Mahkamah

Agung Russia dijadualka­n mempertimb­angkan permintaan untuk mengklasif­ikasikan rejimen Azov sebagai 'pertubuhan pengganas' yang boleh merumitkan pertukaran tahanan itu.

Ketua Pemisah Donetsk, Denis Pushilin, berkata tentera Ukraine yang mempertaha­nkan loji Azovstal perlu dibicaraka­n.

“Saya percaya kes undangunda­ng tidak dapat dielakkan. Keadilan perlu diutamakan,” katanya yang dipetik oleh Ria Novosti pada sidang media yang sama di mana Slutsky bercakap. AFP

Viktor Medvedchuk

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia