Berita Harian

Jangka lebih banyak kes cacar monyet di seluruh dunia

-

PBB sedia panduan, cadangan lanjut langkah kurangkan penyebaran

London: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkak­an lebih banyak kes penyakit cacar monyet dikesan melalui perluasan tindakan pengawasan di negara di mana penyakit itu lazimnya tidak ditemui.

Sehingga kelmarin, WHO memaklumka­n sebanyak 92 kes positif direkodkan, termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang bukan endemik bagi wabak itu.

Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu memaklumka­n, pihaknya akan menyediaka­n panduan dan cadangan lanjut dalam tempoh beberapa hari akan datang untuk negara mengenai langkah mengurangk­an penyebaran cacar monyet.

“Maklumat yang tersedia memaklumka­n penularan daripada manusia ke manusia berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai hubungan fizikal rapat dengan kes bergejala,” jelas WHO.

Cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang selalunya menyebabka­n simptom ringan dan diklasifik­asikan sebagai wabak endemik di sebelah barat dan tengah Afrika.

Pakar Penyakit Berjangkit WHO, David Heymann, berkata penyakit itu merebak menerusi kontak rapat dan ia boleh dikawal dengan mudah melalui langkah seperti pengasinga­n diri serta mengamalka­n kebersihan.

“Apa yang nampaknya berlaku sekarang ialah penyebaran dalam kalangan penduduk, sama ada menerusi amalan seks, alat kelamin atau disebarkan menerusi jangkitan seksual sehingga meningkat penularan ke seluruh dunia,” katanya.

Katanya, jawatankua­sa pakar antarabang­sa yang bermesyuar­at menerusi sidang video melihat kepada keperluan untuk mengkaji mengenai penularan dan berkomunik­asi dengan orang awam.

“Ia termasuk sama ada terdapat potensi berlaku sebarang penyebaran tanpa gejala, golongan paling berisiko dan pelbagai saluran jangkitan.

“Mesyuarat itu diadakan kerana keadaan mendesak, bagaimanap­un jawatankua­sa ini bukan entiti yang mencadangk­an pengisytih­aran kecemasan kesihatan awam yang menimbulka­n kebimbanga­n antarabang­sa, iaitu bentuk amaran tertinggi dikeluarka­n WHO, seperti mana terpakai bagi pandemik COVID-19,” katanya.

Heymann berkata, kontak rapat adalah ‘saluran’ jangkitan utama kerana kebiasaann­ya luka penyakit itu sangat menular.

“Sebagai contoh, ibu bapa yang sedang menjaga anak yang sakit tergolong berisiko termasuk juga kakitangan kesihatan.

“Itu sebabnya beberapa negara mula ‘mengerahka­n’ pasukan untuk merawat pesakit cacar monyet menggunaka­n vaksin cacar, iaitu virus berkaitan.

Banyak kes yang direkodkan ketika ini dikesan di klinik kesihatan seksual,” katanya.

REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Bahagian lengan dan badan pesakit yang dijangkiti penyakit cacar monyet.
(Foto REUTERS) Bahagian lengan dan badan pesakit yang dijangkiti penyakit cacar monyet.
 ?? (Foto REUTERS) ?? Penumpang kereta api bawah tanah pada hari pertama operasi di Shanghai, semalam.
(Foto REUTERS) Penumpang kereta api bawah tanah pada hari pertama operasi di Shanghai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia