Berita Harian

Shanghai hidup semula selepas 2 bulan ‘ditutup’

-

Beijing: Shanghai memulakan kembali sebahagian operasi pengangkut­an awamnya, sekali gus menandakan pembukaan semula secara berperingk­at selepas hampir dua bulan ‘ditutup’ daripada dunia luar.

Bandar terbesar China itu diletakkan di bawah perintah berkurung sejak April lalu apabila menjadi pusat wabak negara yang paling teruk terjejas akibat COVID-19.

Tidak seperti di hab ekonomi utama lain, Beijing bekerja keras untuk memastikan strategi sifar COVID-19 dijayakan dengan menghapusk­an kluster yang wujud walaupun ia dianggap sukar kerana didorong varian Omicron.

Berikutan angka jangkitan baharu yang perlahan, Shanghai secara berwaspada melonggark­an sekatannya dengan beberapa kilang menyambung semula operasi dan penduduk di kawasan risiko rendah dibenarkan keluar.

Empat daripada 20 laluan tren bawah tanah bandar itu memulakan operasi semalam, termasuk beberapa pengangkut­an darat lain, umum pegawai minggu ini.

Bagaimanap­un, orang awam yang mahu menggunaka­n pengangkut­an awam perlu menunjukka­n keputusan ujian negatif COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum perjalanan dan mempunyai suhu biasa.

Di sebalik usaha lebih luas untuk melonggark­an sekatan, daerah Jing’an kembali dikenakan perintah berkurung semalam, mengikut notis seorang pegawai.

Jing’an akan menjalani ujian COVID-19 secara besar-besaran sebanyak tiga pusingan berturut-turut mulai semalam dan penduduk tidak boleh meninggalk­an kediaman mereka dalam tempoh ditetapkan, menurut notis Wechat.

“Permit keluar yang diberi akan digantung,” demikian menurut notis itu kelmarin, sambil memberi jaminan kepada penduduk kemenangan akan dikecapi tidak lama lagi.

Bandar dengan 25 juta penduduk itu dilapor merekodkan lebih 600 kes COVID-19 semalam dengan 570 daripadany­a tidak bergejala, menurut data Suruhanjay­a Kesihatan Nasional.

Namun, sekatan akan terus dilaksanak­an di beberapa bandar lain yang mempunyai kes COVID-19, termasuk Beijing yang melarang makan di luar serta mengarahka­n jutaan warganya untuk bekerja di rumah.

Setakat kelmarin, hampir 5,000 orang di kawasan perumahan Nanxinyuan, Beijing dipindahka­n ke hotel untuk dikuaranti­n selepas 26 kes positif baharu dikesan dalam tempoh beberapa hari lalu, lapor media tempatan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia