Berita Harian

Warga Bangkok pilih gabenor selepas sedekad

-

Seorang wanita menyemak senarai 30 calon sebelum membuang undi dalam pemilihan Gabenor Bangkok di pusat mengundi di Bangkok, Thailand, semalam.

Penganalis­is sifatkan pengundian jadi pembuka tirai pilihan raya lebih besar

Bangkok: Rakyat keluar mengundi semalam bagi pemilihan Gabenor Bangkok buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad, yang dilihat sebagai pembuka jalan bagi pilihan raya umum dalam tempoh setahun lagi.

Kira-kira empat juta orang layak mengundi dalam pemilihan pertama itu sejak protes jalanan secara besar-besaran diketuai belia di Thailand pada 2020 menuntut perubahan politik dan rombakan terhadap sistem monarki, yang tidak pernah disentuh sebelum ini.

Bagaimanap­un, kehidupan seharian dan bukannya politik mendominas­i kempen calon, dengan pesaing utama berjanji untuk membersihk­an megapolis dengan 10 juta penduduk yang sesak, tercemar dan bising itu.

Pusat mengundi dibuka di seluruh Bangkok pada jam 8 pagi waktu tempatan dan ditutup jam 5 petang dengan pemeriksaa­n suhu serta peraturan COVID-19 di setiap pusat mengundi.

“Saya tidak teruja dengan pilihan raya. Ia tidak akan mengubah Bangkok, tetapi saya mengundi seseorang yang saya fikir boleh mengubah Bangkok walaupun sedikit.

“Saya berharap calon ini akan membuat sedikit perubahan,” kata pemuda berusia 28 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nat, selepas mengundi.

Seramai 30 calon bertanding untuk jawatan tertinggi selepas rampasan kuasa pada 2014 menyaksika­n pilihan raya tempatan dibatalkan dan bandar itu dikendalik­an oleh pemimpin yang dilantik kerajaan.

Penganalis­is politik, Thitinan Pongsudhir­ak dari Universiti Chulalongk­orn, berkata keputusan itu akan memberi sedikit gambaran mengenai kesanggupa­n ibu negara untuk menyokong calon pertubuhan diraja dan tentera yang mendominas­i politik Thailand.

“Bangkok bukan Thailand, tetapi pemilihan Gabenor Bangkok kali ini akan menjadi pembuka tirai kepada pilihan raya yang lebih besar akan datang,” katanya.

AFP

New Delhi: Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman, mengumumka­n penguranga­n cukai ke atas petrol dan diesel untuk memerangi inflasi dan mengekalka­n harga barangan keperluan supaya terkawal.

“Duti eksais ke atas petrol dikurangka­n sebanyak lapan rupee (45 sen) seliter dan untuk diesel enam rupee (34 sen) seliter,” katanya dalam Twitter.

Katanya, hasil tahunan kerajaan dijangka mencecah kirakira 1 trilion rupee (RM56 bilion) berikutan langkah itu, selain menggesa kerajaan negeri untuk mengikuti penguranga­n sama selaras dengan rancangan Kerajaan Persekutua­n.

Pada masa kini, seliter petrol berharga 105.41 rupee (RM5.95), manakala diesel pula 96.67 rupee (RM5.45) di New Delhi.

“Perdana Menteri, Narendra Modi, secara khusus meminta semua pihak kerajaan untuk bekerja dengan sensitivit­i dan memberi kelegaan kepada orang biasa,” kata Sitharaman.

Kerajaan juga akan memberi subsidi 200 rupee (RM11.28) bagi setiap silinder gas memasak kepada lebih 90 juta penerima di bawah skim kebajikan yang diperkenal­kan untuk wanita di bawah garis kemiskinan.

“Subsidi ini akan mempunyai kesan pendapatan tahunan sebanyak hampir 61 bilion rupee (RM3.4 bilon),” katanya.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangk­an duti import ke atas bahan mentah untuk produk plastik, besi dan keluli dengan harapan dapat mengurangk­an kos produk akhir, tambah Sitharaman.

Langkah terbaru itu berkemungk­inan meningkatk­an kebimbanga­n fiskal dan menimbulka­n keraguan terhadap kerajaan memenuhi sasaran defisitnya sebanyak 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2022 hingga 2023.

Bagaimanap­un, inflasi menjadi masalah utama bagi kerajaan Modi menjelang pilihan raya beberapa negeri di India tahun ini.

Harga borong dan pengguna India meningkat April lalu pada kadar terpantas dalam beberapa tahun, mendorong bank pusat menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasar tidak berjadual bulan ini, dengan satu lagi kemungkina­n pada Jun.

REUTERS

India umumkan penguranga­n cukai ke atas petrol dan diesel untuk memerangi inflasi.

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)
 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia