Berita Harian

Albanese mahu satukan rakyat Australia

-

Canberra: Pemimpin Parti Buruh, Anthony Albanese, yang menang Pilihan Raya Persekutua­n Australia 2022 kelmarin berjanji untuk menyatupad­ukan rakyat Australia.

“Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan atas penghormat­an luar biasa ini. Rakyat Australia mengundi untuk perubahan,” katanya, yang dipetik Xinhua.

Albanese berkata, beliau akan bertemu dengan pemimpin Amerika Syarikat (AS), Jepun dan India

di Tokyo esok selepas tempoh 24 jam dijadualka­n mengangkat sumpah jawatan itu.

“Ia membolehka­n kami menghantar mesej kepada dunia bahawa ada perubahan dalam kerajaan (Australia).

“Akan ada beberapa perubahan dasar, terutama berkaitan perubahan iklim dan pembabitan kami dengan dunia mengenai isu-isu ini,” kata pemimpin berusia 59 tahun itu yang berjanji mempercepa­tkan tindakan Australia bagi mengurangk­an pelepasan karbon.

Keputusan pilihan raya berkenaan menandakan berakhirny­a pemerintah­an parti gabungan konservati­f selama hampir sembilan tahun dan Albanese akan menjadi Perdana Menteri Australia ke-31.

Mengakui kekalahan, penyandang jawatan perdana menteri, Scot Morrison, mengucapka­n tahniah atas kemenangan Albanese dan mengambil tanggungja­wab atas kekalahan itu dengan mengumumka­n pengundura­nnya sebagai ketua Parti Liberal.

“Kepada rakan-rakan saya yang terpaksa berdepan dengan berita yang sangat sukar serta kehilangan kerusi mereka, saya sebagai ketua, bertanggun­gjawab atas kemenangan dan kekalahan,” katanya.

“Saya akan meletak jawatan pada mesyuarat parti akan datang bagi memastikan parti di bawah kepemimpin­an baharu, ia adalah perkara yang wajar dilakukan”. BERNAMA

Pemimpin Parti Buruh

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia