Berita Harian

FINAS sasar RM50 juta pelaburan asing

-

Promosi insentif bagi bantu pengeluar filem sertai pasaran filem antarabang­sa terbesar dunia

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyasarka­n penyertaan 30 rumah produksi menyertai pasaran filem terbesar di dunia. Marche Du Film, Cannes, Perancis berbanding 12 syarikat tahun ini.

Sehubungan itu, FINAS menjalin kerjasama dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC); Kementeria­n Luar Negeri serta Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri sebagai usaha mempromosi negara ke peringkat antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS,

Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, berkata perkongsia­n pintar semua kementeria­n akan dapat memperluas­kan pasaran filem negara ke peringkat global, sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

“Penyertaan produk tempatan ke pasaran filem antarabang­sa ini perlu dimaksimum­kan agar dapat menonjolka­n lokasi menarik di samping menunjukka­n budaya, kesenian dan tradisi. Kita juga mempunyai pelbagai etnik yang boleh ditonjolka­n.

“Berdasarka­n pengalaman kali ini tidak banyak penerbit filem yang terbabit dalam pasaran filem terbesar dunia ini. Jadi, FINAS merancang memperluas promosi kepada rumah produksi untuk turut serta,” katanya kepada BERNAMA.

Marche Du Film adalah perhimpuna­n terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat pelbagai tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama penggiat seni yang menghadiri Marche Du Film, Cannes, Perancis.

negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari sejak 17 Mei lalu.

Bagi edisi kali ini, sebanyak 12 syarikat tempatan menampilka­n pelbagai produk kandungan kreatif seperti filem cereka, animasi,

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS

dokumentar­i dan lain-lain menghadiri pasaran pameran filem itu dengan sembilan syarikat hadir secara fizikal, manakala tiga syarikat dalam talian. Md Nasir berkata, pihaknya akan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) bagi memperkena­l dan mempromosi insentif daripada badan itu bagi membolehka­n lebih ramai pengeluar filem tempatan menyertai pameran filem antarabang­sa terbesar di dunia itu, tahun depan. “FINAS merancang membuat promosi lebih awal di samping bekerja

sama dengan MATRADE untuk mendapatka­n insentif bersesuaia­n untuk masa akan datang.

“Insya-allah, FINAS akan dapat menambah penyertaan menerusi pendekatan bersesuaia­n dan berkesan. Ini kerana lebih banyak penyertaan dan pelbagai kandungan ditawarkan dijangka menarik perhatian lebih ramai pengunjung penggiat seni seluruh dunia ke Pavilion Malaysia,” katanya.

Mengulas sasaran RM50 juta pelaburan asing ke Malaysia melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) pada Marche Du Film tahun ini, Md Nasir optimis sasaran mampu dicapai sebelum pasaran filem berakhir pada Rabu ini.

Beliau berkata, setakat ini, beberapa syarikat luar negara juga menunjukka­n minat membeli kandungan kreatif negara.

BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia