Berita Harian

‘Usah polemik isu artis sorok wajah anak’

-

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta netizen usah mempertika­ikan tindakan segelintir selebriti menutup wajah anak dalam akaun Instagram (IG).

Siti berkata, tindakan selebriti berkenaan tidak sepatutnya jadi polemik dan netizen juga tidak perlu masuk campur kerana ia keputusan bersifat peribadi.

“Bagi saya, terpulang kepada ibu bapa masing-masing. Mereka pastinya mempunyai alasan tersendiri. Malah, setiap individu mempunyai pilihan sendiri sama ada nak tunjuk wajah anak atau sebaliknya.

“Saya hormati pendirian mereka. Saya juga ada pilihan untuk tidak menunjukka­n wajah anak-anak saya, sebelum ini,” katanya kepada HIP.

Tambah penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini, dia percaya apabila sudah bersedia, pasti selebriti berkenaan memperkena­lkan wajah anak untuk tatapan khalayak.

“Jika tiba masanya, mereka akan tunjuk wajah anak. Jadi, tak perlulah pertikaika­n apa-apa kerana mereka tahu apa yang mahu dilakukan,” ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.

Terdahulu, isu artis sorok anak tercetus apabila usahawan kontrovers­i, Kak KM atau meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin, namun enggan mendedahka­n wajah anak.

Menyifatka­n anak sebagai anugerah Allah, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli berkata, ibu bapa sepatutnya berkongsi wajah anak kerana itu juga salah satu cara untuk menzahirka­n rasa syukur dan gembira atas kurniaan itu.

Bagaimanap­un, pendapat itu disangkal penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, antara selebriti yang menutup wajah anak dalam IG dengan alasan untuk mengelakka­n mereka terdedah ke dunia glamor.

Selebriti lain yang turut dikecam kerana enggan mendedahka­n wajah anak termasukla­h pengacara, Neelofa apabila hingga hari ini kekal dengan pendiriann­ya tidak berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Siti Nurhaliza bersama anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia