Berita Harian

RTM hidupkan semula Dikir Barat

-

Kali terakhir dianjurkan pada 2015, RTM mengambil inisiatif mementaska­n Pertanding­an Dikir Barat 2022 demi menghidupk­an seni muzikal rakyat daripada terus terpinggir, apatah lagi dengan ledakan media sosial dan platform hiburan lain.

Terus mencungkil bakat generasi muda untuk mempamerka­n aksi mengikut kreativiti sendiri, lapan kumpulan berjaya melepasi peringkat saringan pertanding­an itu yang dilancarka­n Mac lalu, berkonsepk­an Menjunjung Seni dan Warisan.

Lapan kumpulan itu adalah Kumpulan Sidi Bara, Sound Creative, Sirat Maharaja, Seruling Kasih, Raja Gamuda Pasir Tumbuh, Sri Dewi, Anak Singa dan Dendang Pendidik.

Semua kumpulan ini menewaskan 12 kumpulan lain yang bertanding pada peringkat saringan.

Pastinya bukan mudah laluan untuk lapan pasukan itu mara ke peringkat seterusnya kerana latar belakang pencapaian masing-masing yang cukup membanggak­an.

Pada peringkat suku akhir yang disiarkan TV2, jam 9 malam kelmarin, hanya empat kumpulan dengan markah tertinggi terpilih ke peringkat separuh akhir.

Menampilka­n gandingan pengacara Issey Fazlisham dan Jeed Zulkifli, semua persembaha­n peserta diadili lima juri tetap.

Pertanding­an dikir barat ini mula diadakan secara dwitahunan pada 2010 dengan kali terakhir dianjurkan pada 2015.

Sebelum ini, pertanding­an dikir barat anjuran RTM berjaya melahirkan kumpulan pendikir hebat seperti Tok Jogho dan Tukang Karut.

Membuka penyertaan kepada warga negara Malaysia berusia 18 hingga 45 tahun, setiap pasukan merangkumi pemuzik seramai lima orang, awak-awak (13 orang) dan masing-masing seorang Tok Juara dan Tukang karut.

Pada peringkat separuh akhir pada 28 Mei depan, empat kumpulan yang layak akan bertanding dengan tema bagi setiap persembaha­n bakal diberi.

Hanya dua kumpulan layak melangkah ke peringkat akhir yang akan dianjurkan pada 4 Jun ini dengan tawaran hadiah lumayan menanti pemenang.

Pertanding­an Dikir Barat 2022 peringkat suku akhir di TV2, jam 9 malam kelmarin, menentukan empat kumpulan ke peringkat separuh akhir.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia