Berita Harian

Fasa peralihan beri ruang siapkan karya

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Amin Haridz (dari kiri) dan Kucaimars menjadi hos program Tak Popular Tapi Berbisa yang meneroka pelbagai destinasi percutian unik.

Kelonggara­n SOP buka ruang hasil produk lebih kualiti bhnews@bh.com.my

Melihatkan fasa turun naik industri kreatif memberikan pengalaman baharu buat kebanyakan penggiat seni.

Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa ditempuhi ketika era pandemik yang melanda seluruh negara, sejak dua tahun lalu.

Namun, beberapa kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP) dan fasa peralihan ke endemik membuatkan kebanyakan penggiat seni dapat kembali berkarya dengan bebas.

Penerbit CT Pitcures Sdn Bhd, Siti Murni Yusof, berkata pihaknya berdepan pergelutan ketika perlu menyiapkan beberapa projek penerbitan, sebelum ini.

“Tidak dinafikan, kami melalui pelbagai pengalaman baharu ketika menyiapkan dua naskhah penerbitan memandangk­an perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan.

“Namun, ia tidak menghalang kami terus berkarya dan memberikan yang terbaik kepada program majalah dan travelog yang dihasilkan.

“Dengan kelonggara­n SOP diumumkan kerajaan menjadi petanda baik bagi warga produksi untuk bekerja seperti sediakala,” katanya kepada HIP.

Menerusi syarikat CT Pitcures, Siti Murni gembira program Tak Popular Tapi Berbisa bakal ditayangka­n, tidak lama lagi.

Program travelog yang menjelajah ke 13 destinasi popular di seluruh negara itu mengangkat destinasi percutian yang tidak begitu popular, tetapi menarik untuk dikunjungi.

Memperkena­lkan Kucaimars dan Amin Haridz sebagai hos, program Tak Popular Tapi Berbisa meneroka banyak destinasi percutian unik yang mempunyai kisah menarik.

“Untuk pengunjung yang mahu bercuti, tetapi enggan memilih destinasi tumpuan biasa, program Tak Berbiasa Tapi Popular boleh dijadikan panduan. “Kami ada segelintir meneroka destinasi baharu yang kurang popular. Program ini akan memberikan jawapan kepada mereka,” katanya.

Sempena Syawal, CT Pitcures bersama anak syarikat lain termasuk Kimstone Resources, B Dex Beauty Centre Sdn Bhd dan Kelapa Joget Sdn Bhd menyerahka­n sumbangan kepada beberapa penerima.

Katanya, ia adalah agenda tahunan yang diada kan bagi memberikan senyuman kepada mereka yang kurang berkemampu­an untuk menyambut Aidilfitri.

Antara penerima sumbangan termasuk Makmur Relief, Pusat Jagaan Chahaya, Rumah Nur Iman, Rumah Anak Yatim dan Miskin Dynasti dan Pertubuhan Mualaf Kuantan.

Sumbangan diberikan kepada Aman Palestine, Syria Care dan Rumah Anak Yatim Permata Al Insyirah Care seperti kelaziman.

“Ini sumbangan kepada masyarakat. Semoga ia meringanka­n bebanan mereka yang tidak bernasib baik ketika menyambut lebaran,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia