Berita Harian

De Bruyne dinobat pemain terbaik EPL

-

Liga Perdana Inggeris

Foden rangkul anugerah pemain muda berbakat kali kedua berturut-turut

London: Pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne dinamakan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2021-22, manakala rakan sepasukann­ya, Phil Foden pula dinobatkan sebagai pemain muda terbaik buat kali kedua berturut-turut.

De Bruyne menang anugerah berkenaan buat kali kedua selepas turut menerima penghormat­an sama pada musim 2019-20. Pemain antarabang­sa Belgium itu meledak 15 gol dan tujuh bantuan gol dalam 29 perlawanan musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu mengetepik­an saingan daripada rakan sepasukan, Joao Cancelo selain penyerang Liverpool, Mohamed

Salah; bintang Tottenham Hotspur, Son Heungmin dan ramai lagi.

“Terlalu ramai pemain memiliki kualiti terbaik dalam EPL dan satu penghormat­an untuk dicalonkan dengan ramai lagi pemain hebat yang melalui musim menakjubka­n bersama kelab mereka.

“Saya rasa persembaha­n sayamusim ini bagus dan saya gembira dapat menyumbang gol dan bantuan sepanjang musim ini,” kata De Bruyne.

Sementara itu, Foden menewaskan tujuh pesaing lain untuk anugerah itu, termasuk Trent Alexander-arnold, Declan Rice dan Bukayo Saka, selepas dia menerima undian terbanyak daripada orang ramai dan panel EPL. “Saya amat berbangga kerana memenangi anugerah ini untuk musim kedua berturut-turut. Terdapat begitu ramai pemain muda berbakat dalam EPL dan ia adalah satu penghormat­an untuk memenangin­ya sekali lagi,” kata Foden. Pemain berusia 21 tahun itu sudah menjaringk­an sembilan gol dan membantu lima jaringan sepanjang 27 penampilan liga untuk pasukan bimbingan Pep Guardiola musim ini. REUTERS

Paris: Kylian Mbappe berkata, dia ‘amat gembira’ untuk kekal di Paris Saint-germain (PSG) selepas presiden kelab itu mengumumka­n pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu menolak tawaran Real Madrid dan kekal di sini sehingga 2025.

“Saya amat gembira untuk kekal di Perancis, di Paris, kota saya. Saya harap saya dapat meneruskan apa yang paling saya suka lakukan - memenangi perlawanan bola sepak dan trofi bersama anda semua,” kata Mbappe yang ditemani Presiden PSG, Nasser Al-khelaifi.

Hatrik Mbappe kelmarin menjadikan jumlah jaringanny­a dalam saingan liga musim ini meningkat kepada 28 gol.

Presiden La Liga, Javier Tevas bagaimanap­un menyelar pusingan U dibuat Mbappe yang akhirnya tunduk dengan kuasa kewangan dan tawaran lumayan PSG yang dimilik jutawan Qatar itu.

“Apa PSG lakukan dengan memperbaha­rui kontrak Mbappe menerusi jumlah wang besar, selepas mencatat kerugian 700 juta euro (RM3.24 bilion) sejak beberapa musim lalu dan perbelanja­an melebihi 600 juta euro (RM2.78 bilion), adalah penghinaan kepada bola sepak,” katanya.

La Liga turut mengumumka­n akan membuat bantahan berkenaan tindakan PSG kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), pihak berkuasa di Perancis dan badan berkaitan dalam Kesatuan Eropah. Tebas dalam ciapannya turut melabelkan Khelaifi sebagai ancaman kepada bola sepak Eropah. AFP

Final Piala Jerman

Phil Foden

Kevin de Bruyne

Kejuaraan PGA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia