Berita Harian

Skuad wanita raih dua perak

-

Berbasikal lebuh raya

Nur Aisyah, pasukan negara terpaksa puas hati naib juara

Hanoi: Skuad berbasikal negara menutup kempen Sukan SEA 2021 di sini, semalam dengan dua lagi pingat perak menerusi acara individu wanita dan lebuh raya berpasukan.

Nur Aisyah Zubir terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di belakang pelumba Vietnam, Nguyen Thi That yang melakukan catatan 2 jam, 13 minit dan 15 saat (88.5 kilometer) untuk merangkul emas.

Delia Ayustina Priatna memenangi gangsa untuk Indonesia. Malaysia turut merangkul perak dalam kategori berpasukan dengan kombinasi masa 6:42:15s.

Pelumba lain dalam acara itu adalah Siti Nur Adibah Akma, Nur Aisyah Munirah Chek Ramli dan Ju Pha Som Net. Catatan Adibah (+1:13s) dan Aisyah Munirah (+1:17s) meletakkan mereka di tangga keenam dan kelapan dalam acara individu.

Ju Pha bagaimanap­un mengalami kemalangan di penghujung perlumbaan. Tuan rumah, Vietnam

merangkul emas dengan catatan 6:42:11s, manakala Thailand merangkul gangsa selepas mencatat 6:43:48s.

Pengurus skuad berbasikal negara, Firdaus Arshad berpuas hati dengan pingat perak yang dimenangi Aisyah, namun mereka seharusnya boleh mencabar untuk pingat emas sekiranya Ju Pha tidak berdepan kemalangan.

“Kami bersyukur dengan dua lagi perak yang dimenangi pada hari terakhir pertanding­an,” kata Firdaus.

“Hebat untuk melihat Aisyah menamatkan perlumbaan dengan baik dan memenangi perak. Tetapi kami sedikit kecewa kerana gagal memenangi pingat emas dalam acara berpasukan kerana kami berpeluang sehinggala­h Ju Pha kemalangan.

“Secara keseluruha­n, kami berpuas hati dengan persembaha­n pasukan berbasikal lebuh raya dan juga mountain bike.”

Pada temasya kali ini, Malaysia membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa menerusi acara mountain bike serta satu emas, dua perak dan dua gangsa dari berbasikal lebuh raya.

Hanoi: Emas Sukan SEA lebih bermakna daripada jersi merah Le Tour de Langkawi (LTDL). Itulah luahan atlet berbasikal lebuh raya negara, Nur Aiman Zariff selepas mencipta sensasi di bumi Vietnam, kelmarin.

Menurut pelumba berusia 25 tahun itu, memang kedua-dua kejayaan itu sangat bermakna dalam kariernya, namun Sukan SEA mempunyai kemanisan yang tersendiri.

“Sukan SEA lebih bermakna kerana ia adalah temasya kita menang ketika memakai jersi negara dan bertanding di atas nama Malaysia,” katanya yang dinobatkan sebagai Raja Bukit di LTDL 2020.

Pelumba yang beraksi dengan Terengganu Polygon Cycling

(TSG) itu menghadiah­kan emas ke-37 negara semalam selepas menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dalam acara lebuh raya lepas beramai-ramai individu lelaki di Hoa Binh.

Dia mencatat masa tiga jam, 48 minit dan 22 saat dalam saingan sejauh 162.2 kilometer untuk mengetepik­an Aiman Cahyadi (perak) dari Indonesia dan pelumba Thailand, Navuti Liphongyu (gangsa).

“Saya rasa bangga dengan kejayaan ini kerana kali pertama menyertai Sukan SEA dalam acara lebuh raya, 2017 di Kuala Lumpur saya hanya beraksi dalam acara trek,” katanya yang sudah beraksi lapan perlumbaan antarabang­sa setakat ini, termasuk Tour Saudi, Tour Rwanda dan Jelajah Thailand.

Memanah

Pasukan wanita negara meraikan kejayaan memenangi perak acara lepas beramai-ramai berpasukan di Wilayah Hoa Binh, Vietnam, semalam.

Angkat berat

Nur Aiman Zariff

 ?? (Foto ihsan Fiz Said) ??
(Foto ihsan Fiz Said)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia