Berita Harian

Harimau Malaya perlu jadi ‘sesumpah’

- Oleh Syafiq Aznan

Kelayakan Piala Asia 2023

Pan Gon bakal guna pelbagai taktikal, formasi berbeza syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya perlu menjadi ‘sesumpah’ dengan menyesuaik­an diri menerusi pelbagai taktikal dan formasi yang berbeza di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan Gon.

Pan Gon menjelaska­n pendekatan yang akan diambil untuk skuad kebangsaan itu bagi memastikan mereka tidak mudah ‘diselidik’ oleh pasukan lawan selepas ini.

“Sasaran saya adalah dengan beberapa formasi yang berbeza kerana saya tidak mahu kekal menggunaka­n satu formasi sahaja yang mana ini memudahkan kita untuk dianalisis.

“Kita perlu fleksibel dengan pelbagai formasi dan cepat menyesuaik­an diri dan membiasaka­n diri dengannya. Kita cuba bangunkan formasi yang lain.

“Kita ada senjata, tetapi kita tidak boleh beritahu perancanga­n ini. Kita merancang lebih banyak formasi supaya kita boleh pilih bergantung pada gaya permainan dan tahap pasukan lawan,” katanya.

Pada masa sama, Pan Gon juga menyatakan barisan kejurulati­han akan bekerja dengan dua tempo

Skuad Harimau Malaya terus giat menjalani latihan menjelang kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pagi semalam.

memandangk­an ada beberapa muka baharu yang menyertai kem latihan pusat kali ini.

“Kita akan teruskan rutin seperti yang dilakukan pada kem latihan sebelum ini, tetapi kita juga akan turut membantu pemain baharu untuk memahami model permainan yang sudah kita terapkan.

“Sebahagian lagi, kita mahu terus ke depan dengan cepat dan melakukan taktikal yang berbeza, tetapi yang penting adalah persiapan untuk mengharung­i tiga perlawanan kelayakan itu nanti.

“Objektifny­a perlu jelas, cuma saya mengharapk­an pemain tidak begitu tertekan, tetapi terus menikmati sesi latihan dalam cara yang profesiona­l,” katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk mengharung­i dua aksi persahabat­an Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli berdepan Hong Kong pada 1 Jun.

Dua aksi persahabat­an itu bagi ‘memanaskan enjin’ skuad kebangsaan sebelum berdepan tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenist­an (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua aksi berlangsun­g di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? (Foto ihsan FB FAM) ??
(Foto ihsan FB FAM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia