Berita Harian

Esther, Nani cemerlang rangkul emas

-

Kangar: Atlet triatlon negara, Esther Joy Chen Hong Li tidak berdepan masalah menjuarai acara akhir 3,000 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sirkit kedua di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini, semalam.

Esther, 19, yang mewakili Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan baru kembali dari mewakili negara pada Sukan SEA Hanoi tidak menghadapi masalah apabila menjuarai acara berkenaan dengan merakam catatan masa 11 minit 07.04 saat bagi merangkul pingat emas.

Pingat perak dimenangi B Rammiyah dari Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dengan mencatatka­n masa 11 minit 27.82 saat, manakala gangsa milik atlet Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Puspa Letchumy Jaintheran dengan catatan masa 11 minit 40.01 saat.

Bagi acara lontar peluru akhir wanita pula, bekas pemenang acara berkenaan dalam Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-10 di Kuala Lumpur pada 2018, Nani Sahirah Maryata merangkul emas untuk Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi balingan sejauh 13.10 meter.

Pingat perak diraih atlet Universiti Teknologi MARA (UITM),

Nurdini Shahira Abdullah dengan jarak balingan 10.97 meter, manakala gangsa pula dimenangi Nurul Hidayah Lukman dari UPM.

Kejohanan yang berlangsun­g selama tiga hari dan berakhir semalam menghimpun­kan pelbagai atlet profesiona­l dan amatur dari 29 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej komuniti.

Penyertaan beberapa atlet yang baru selesai bersaing di Sukan SEA 2021 seperti pemenang emas lompat bergalah wanita dan pingat gangsa acara lari 4x100 wanita, Nor Sara Adi dan pemenang pingat perak acara lempar cakera wanita, Queenie Ting turut memeriahka­n kejohanan kali ini.

Esther (dua dari kiri) memenangi acara 3,000 meter. Gambar kanan, Nor Sahirah menguasai acara lontar peluru.

 ?? ??
 ?? (Foto ihsan KPT) ??
(Foto ihsan KPT)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia