Berita Harian

Badminton, Muay Thai ceriakan kontinjen negara

-

Hanoi: Skuad badminton negara akhirnya menamatkan kemarau pingat emas 23 tahun dalam acara beregu campuran selepas gandingan Chen Tang Jie-peck Yen Wei menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-cheah

Yee See pada aksi final Sukan SEA, dekat sini, semalam.

Walaupun bertemu rakan sepasukan, ia bukan mudah buat

Tang Jie-yen Wei untuk mencipta kemenangan apabila terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan 15-21, 2119, 21-13 dalam saingan di Gimnasium Bac Giang.

Gandingan Pan Ron-yee See yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan pula tetap berpuas hati apabila mereka membawa pulang pingat perak untuk negara. Tan Jie-yen Wei yang turut digelar sebagai ‘pembunuh gergasi’ sebelum ini menumbangk­an pilihan pertama kejohanan dari Indonesia, Rinov

Rivaldy-pitha Haningtyas Mentari 20-22 21-13 21-18.

Keputusan sekali gus menyaksika­n kem badminton tidak pernah pulang hampa apabila tetap menjadi antara penyumbang emas untuk kontinjen Malaysia. Terdahulu, perak menjadi milik kem badminton negara menerusi acara berpasukan lelaki selepas tewas kepada Thailand 3-0.

Gangsa pula disumbangk­an beregu wanita negara, Cheah Yee See-cheng Su Hui selepas kecundang kepada pasangan adikberadi­k dari Thailand Benyapa Aimsaard-nuntakarn Aimsaard 21-16,21-6 pada pusingan separuh akhir kelmarin. Sementara itu, emas kedua negara dan ke-39 kontinjen Malaysia semalam diperoleh menerusi atlet Muay Thai, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang menewaskan wakil tuan rumah, Vietnam, Huynh

Nur Aisyah Zubir

Lim Kok Leong

Chen Tang Jie (kiri) dan Peck Yen Wei raih emas acara beregu campuran.

Sukan

Terbuka Thailand

Ahmad Nor Iman Aliff

Hoang Phi bagi kategori 54 kilogram.

Dalam pada itu itu, impian atlet snuker negara, Lim Kok Leong merangkul emas berganda di sini, semalam tidak kesampaian. Dalam acara snuker perseorang­an lelaki di Gimnasium Ha Dong, Kok Leong yang dua kali mendahului pada permulaan permainan, tewas 4-2 (24-75, 88-34, 2570, 65-48, 83-33, 67-42) di tangan atlet legenda Thailand, James Wattana.

Kok Leong berkata, lawannya yang berusia 52 tahun itu jelas pemain yang lebih baik pada saingan final. James adalah bekas pemain nombor tiga dunia.

“Saya rasa saya bermula dengan baik hari ini (semalam), tetapi mungkin sedikit gementar,” kata Kok Leong yang sebelum ini merangkul emas dalam acara 6 red perseorang­an.

Sementara itu, skuad berbasikal negara menutup kempen Sukan SEA 2021 semalam dengan dua lagi pingat perak menerusi acara individu wanita dan lebuh raya berpasukan. Nur Aisyah Zubir terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di belakang pelumba Vietnam, Nguyen Thi That yang melakukan catatan 2 jam, 13 minit dan 15 saat (88.5 kilometer) untuk merangkul emas.

Malaysia turut merangkul perak dalam kategori berpasukan dengan kombinasi masa 6:42:15s.

Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia memenangi kejuaraan Terbuka Thailand selepas menewaskan pemain China, Li Shi Feng, 17-21 21-11 23-21 dalam perlawanan akhir di Impact Arena, Bangkok, petang semalam.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Sukan 45
Sukan 45

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia