Berita Harian

Arah tanah TOL diusahakan tanaman jagung

-

Kuala Lumpur: Kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diarah menyediaka­n tanah Lesen Kependuduk­an Sementara (TOL) untuk penanaman jagung sebagai usaha jangka panjang menjadi alternatif kepada makanan ayam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu berdasarka­n pandangan yang diterima daripada Ahli Jemaah Menteri berkaitan penanaman jagung dan penggunaan hampas isirung kelapa sawit (PKC) untuk menjadi alternatif kepada makanan ayam.

“Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diminta membentang­kan pelan terbabit dalam masa terdekat bagi projek penanaman jagung dan sebagainya.

“Kerajaan turut menggalakk­an GLC, agensi kerajaan, Pertubuhan Peladang dan Koperasi untuk turut terbabit dalam penternaka­n ayam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu susulan mesyuarat Kabinet yang diawalkan bagi membolehka­n kerajaan membincang­kan mengenai kos sara hidup termasuk berkaitan isu bekalan ayam.

Katanya, kerajaan akan mengkaji dari segi bantuan kepada mereka yang terbabit dan ia adalah sebahagian pelan jangka sederhana dan jangka panjang yang akan dirangka oleh MAFI dan KPDNHEP.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata susulan daripada pengumuman beliau berkaitan pembatalan permit import (AP) bahan makanan, Kabinet semalam bersetuju untuk turut membatalka­n AP gandum.

“Semua kementeria­n juga diminta menyenarai­kan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhka­n untuk menjaga kepentinga­n pengguna Keluarga Malaysia.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaska­n kehidupan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau memohon agar Keluarga Malaysia menyokong tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan demi menjaga kepentinga­n rakyat yang terhimpit dengan peningkata­n harga dan kos sara hidup serta kekurangan bekalan.

Sementara itu, katanya Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC) sedang menjalanka­n siasatan berhubung laporan wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluara­n ayam dalam kalangan syarikat besar.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sedar mengenai laporan berkenaan dan siasatan yang sedang dijalankan MYCC berkaitan perkara itu dijangka selesai pada Jun ini.

“Jika didapati wujud kesepakata­n kartel itu, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan mengurangk­an peranan orang tengah yang selama ini memanipula­si bekalan dan harga,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, kerajaan juga akan memperkena­lkan semula Jihad Memerangi Orang Tengah yang perkenalka­n oleh beliau sendiri pada tahun 2014.

“Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberikan peranan untuk mengetuai Jihad Memerangi Orang Tengah ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia