Berita Harian

Peniaga utamakan pembeli tetap, rakan

Orang ramai terus sukar peroleh bekalan ayam, terpaksa beratur panjang

- Oleh Asrol Awang, Noorazura Abdul Rahman, Samadi Ahmad, Ahmad Hasbi dan Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai sukar mendapat bekalan ayam kerana peniaga mendahuluk­an pelanggan tetap seperti restoran dan rakan-rakan mereka.

Tinjauan di Pasar Basah Datuk Keramat di sini, mendapati peniaga akan terus mengutamak­an peniaga restoran jika kekurangan bekalan ayam berlarutan.

Peniaga ayam, Rosli Mat, 51, berkata bekalan ayam segar yang diperoleh daripada pembekal hanya mampu dijual kepada pembeli tetap.

“Kalau ada lebihan ayam segar pun, hanya dalam 20 ekor dapat dijual kepada pelanggan biasa,” katanya.

Di Seremban, segelintir kakitangan pasar raya mengambil tempahan daripada pelanggan tanpa pengetahua­n majikan.

Itu cara mudah membabitka­n pengusaha kedai makan dengan menggunaka­n ‘orang dalam’ bagi mendapatka­n bekalan ayam tanpa perlu berbaris panjang di pasar.

Seorang pekerja pasar raya yang enggan dikenali berkata, kakitangan terbabit mendapat ‘duit tepi’ daripada pelanggan berkenaan, selain ada juga kakitangan melakukann­ya secara percuma atas dasar setia kawan.

“Orang lain terpaksa beratur panjang untuk membeli ayam, namun pelanggan ini boleh datang pada waktu tengah hari dan ada ayam yang sudah tersedia,” katanya.

Di Kuantan, peniaga merayu agensi kerajaan menyelesai­kan segera kekurangan bekalan ayam kerana mereka terputus sumber pendapatan.

Peniaga ayam di Pasar Taman Tas, Zakaria Md Nadzir, 52, berkata kekurangan bekalan menjejaska­n pendapatan­nya ketika permintaan ayam meningkat.

“Minggu lalu, saya terputus bekalan ayam dua hari. Pada masa sama, tempahan ayam hanya diterima pula hanya separuh,” katanya

Di Sik, Kedah, bekalan ikan dan ayam di pasar basah sangat terhad menyebabka­n peniaga sukar untuk menampung permintaan pelanggan.

Peniaga ayam, Salehuddin Ibrahim, 40, berkata beliau tidak mampu memenuhi semua permintaan pelanggan, selepas bekalan ayam yang diperoleh daripada pemborong juga terhad.

“Seminggu sebelum hari raya, permintaan ayam sangat tinggi tapi saya tidak dapat bekalan yang mencukupi. Hari ini contohnya, saya tempah 200 ekor ayam tapi yang saya dapat cuma 100 ekor ayam,” katanya.

Di Putrajaya, peniaga ayam Pasar Awam Presint 8, Mohd Nadzri Ahmadi, 42, berkata kekurangan bekalan ayam menyebabka­n beliau terputus sumber pendapatan kerana bergantung sepenuhnya kepada perniagaan itu.

Katanya, sejak mengusahak­an perniagaan itu pada 2001, ini kali pertama beliau berdepan situasi itu sehingga tidak memperoleh keuntungan.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Awam Presint Awam Presint 8, Sukaimi Selamat, 54, pula berkata kerajaan perlu mengkaji semula harga siling ayam RM8.90 sekilogram kerana membebanka­n peruncit.

Katanya, harga yang diterima peruncit kadangkala melebihi harga yang ditetapkan kerajaan dan pihak yang bertanggun­gjawab perlu menyiasat, sebelum mengenakan tindakan kepada peruncit dan peniaga.

 ?? (Foto Fathil Asri/) ?? Peniaga memotong ayam yang dipesan pembeli di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Fathil Asri/) Peniaga memotong ayam yang dipesan pembeli di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia