Berita Harian

Syor sedia tapak tanah skala besar tanaman bijirin

-

Putrajaya: Kerajaan digesa menyediaka­n tapak tanah secara besar-besaran bagi penanaman bijirin secepat mungkin dengan membabitka­n semua kerajaan negeri supaya dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada import.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata berikutan ayam sumber makanan utama kepada semua lapisan masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia, kerajaan perlu bertindak segera untuk memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa mencukupi dengan menyelesai­kan masalah tekanan kos dalam kalangan penternak dengan segera.

Beliau berkata, keputusan kerajaan membatalka­n syarat permit kebenaran

(AP) untuk mengimpot bahan makanan ia bukan formula silver bullet atau penyelesai­an untuk semua masalah yang akan menyelesai­kan masalah kenaikan harga barang makanan dan memastikan bekalan tidak terputus.

“Apa yang perlu difahami, setiap negara sedang bergelut dengan masalah keselamata­n makanan domestik masing-masing.

“Negara pengeluar utama akan memberikan tumpuan kepada keperluan mereka sendiri terlebih dahulu.

“Tambahan pula, dengan nilai ringgit yang lemah, maka sebarang import makanan daripada negara lain membabitka­n harga belian yang lebih tinggi, ” katanya dalam satu hantaran melalui media sosial, semalam.

Anthony berkata, pada masa sama, kerajaan perlu menyemak semula kadar subsidi RM0.60 sekilogram yang diberikan kepada penternak ayam, supaya ia selari dengan tekanan peningkata­n kos dedak yang terlalu tinggi.

Katanya, bantuan subsidi itu juga perlu dilaksanak­an tanpa kerenah birokrasi dan disalurkan kepada penternak dengan segera.

“Isu bekalan ayam terputus yang berlaku beberapa hari ini di seluruh negara tidak seharusnya berlaku dan kegagalan kerajaan menangani isu ini tidak boleh diterima sama sekali.

“Kekurangan bekalan ayam dipercayai berpunca daripada pengeluara­n yang berkuranga­n daripada penternak disebabkan tekanan kos dedak ayam yang terlalu tinggi.

“Walaupun Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan menyediaka­n peruntukan RM528.52 juta untuk pemberian subsidi RM0.60 setiap kilogram, kadar ini perlu disemak semula selari dengan tekanan kos dedak yang terlalu tinggi,”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, DAP berpendiri­an bahawa dasar menetapkan harga siling untuk ayam sebagai barang kawalan perlu diteruskan memandangk­an masalah kos sara hidup semakin tinggi menjadi tekanan hidup paling besar untuk kebanyakan rakyat.

Anthony Loke

 ?? (Foto Azrul Edham/bh) ?? Mazlan Ibrahim menyiapkan tempahan nasi ayam Hainan diusahakan­nya di Ampangan yang turut berdepan kekurangan bekalan ayam di pasaran.
(Foto Azrul Edham/bh) Mazlan Ibrahim menyiapkan tempahan nasi ayam Hainan diusahakan­nya di Ampangan yang turut berdepan kekurangan bekalan ayam di pasaran.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia