Berita Harian

Syor ambil tenaga kerja Rohingya

-

Kuala Lumpur: Agensi kerajaan dan syarikat swasta disaran menyelaras­kan semula harga kontrak dan menyelesai­kan isu tenaga kerja dengan pengambila­n warga Rohingya, bagi menyelamat­kan kontraktor yang kini terjejas termasuk kesan pandemik COVID-19.

Penyelaras­an harga kontrak dan cadangan mengambil tenaga kerja warga Rohingya antara enam kaedah penyelesai­an baharu yang dicadangka­n Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Presidenny­a, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan, berkata langkah proaktif dan kaedah penyelesai­an baharu penting untuk dikaji dan dilaksanak­an dengan segera, bagi membolehka­n kontraktor meneruskan operasi.

Katanya, kenaikan harga bahan binaan dan sewa peralatan serta sewaan mesin yang tidak terkawal, memerlukan tindakan agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk menyelaras kadar harga kontrak bersesuaia­n dengan harga semasa.

“Harga sedia ada terlalu rendah yang akan menyebabka­n kerugian kepada kontraktor.

“Isu kekurangan tenaga kerja perlu ditampung dengan alternatif mengambil tenaga kerja membabitka­n kelompok pelarian Rohingya dari Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk didaftarka­n permit tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Pada masa sama, Mohamed Fadzill, berkata kerajaan juga wajar mengoptimu­mkan penggunaan teknologi tinggi dalam kontrak pembinaan seperti penggunaan sistem model maklumat bangunan (BIM), sistem binaan industri (IBS) dan menggalakk­an inovasi bahan binaan terpakai dalam industri.

Beliau berkata, bilangan kontraktor juga perlu dikawal, selari dengan jumlah kerja atau tawaran tender yang dikeluarka­n.

“Penambahan jumlah kontrak“pemberian tor G1 amat ketara dan disarankan pendaftara­n kontraktor G1 ditutup dengan segera.

“Langkah ini akan dapat membantu kontraktor G1 sedia ada dapat terus bertahan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, penguatkua­saan dan kawal selia yang lebih ketat perlu dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakka­n monopoli oleh kontraktor asing yang tidak berdaftar.

Katanya, pihak kerajaan serta PBT disarankan supaya kerja pembaikan dan pengubahsu­aian bangunan serta kediaman persendiri­an dilaksanak­an oleh kontraktor tempatan yang berdaftar melalui Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB).

“Agensi kerajaan juga disaran mengecilka­n saiz harga kontrak projek mega dan bersaiz besar supaya kuantiti kontrak lebih banyak, membolehka­n lebih ramai kontraktor terbabit,” katanya.

Katanya, faktor utama yang menyumbang kepada masalah operasi kontraktor termasukla­h kenaikan melampau bahan binaan, kekurangan tenaga kerja, pertambaha­n mendadak bilangan kontraktor berdaftar di pasaran serta kekurangan tawaran kontrak.

Mohamed Fadzill

 ?? (Foto hiasan) ?? Penyelaras­an harga kontrak dan cadangan mengambil tenaga kerja warga Rohingya antara enam kaedah penyelesai­an baharu yang dicadangka­n PKMM.
(Foto hiasan) Penyelaras­an harga kontrak dan cadangan mengambil tenaga kerja warga Rohingya antara enam kaedah penyelesai­an baharu yang dicadangka­n PKMM.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia