Berita Harian

Pakar syor wujud jawatankua­sa istilah

-

Seorang pakar menyaranka­n sebuah konsortium atau jawatankua­sa istilah diwujudkan dalam organisasi ASEAN, dengan aktiviti tahunan, termasuk menghimpun­kan sebanyak mungkin kosa kata bahasa Melayu.

Ketua Pusat Kajian Budaya Melayu dari Indonesia, Prof Datuk Dr Khairil Ansari, berkata selain penubuhan itu, tiga strategi diperlukan dalam kalangan penutur bahasa Melayu di negara ASEAN, terutama untuk mengenal pasti kosa kata dalam usaha memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN.

“Hal ini berkaitan penemuan hasil penelitian atau kosa kata dari pelbagai aspek sosial dan kemasyarak­atan bagi menambah bilangan kosa kata bahasa Melayu.

“Ia boleh dijadikan asas memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN, walaupun setiap negara anggota mempunyai rumpun bahasa tersendiri,” katanya dalam ucaptama pada Simposium Pengantara­bangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN dan Antarabang­sa, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, bahasa Melayu juga boleh diperkasak­an dengan aspek luaran bahasa melalui usaha memperkuku­h bidang pendidikan membabitka­n akses literasi digital.

“Ini berikutan generasi era digital di seluruh dunia menggunaka­n maklumat daripada pelbagai sumber sangat luas melalui peranti komputer.

“Seiring dengan itu, literasi digital mampu menggunaka­n teknologi digital dan alat komunikasi untuk mengakses, mengintegr­asikan, menganalis­is dan menilai maklumat serta membangunk­an pengetahua­n baharu menjadi lebih efektif dalam masyarakat,” katanya.

Khairil berkata, strategi ketiga ialah kembali mencapai komitmen bersama atau semangat ASEAN ke seluruh dunia kerana bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca.

“Di samping itu, ASEAN perlu melihat faktor pembentuka­n gagasan berkenaan dan evolusi

Ketua Pusat Kajian Budaya Melayu dari Indonesia perkembang­an bahasa Inggeris yang terkenal dengan teknologi, serta bagaimana Korea Selatan menarik minat melalui kemajuan ekonomi, teknologi, seni, filem, budaya dan kulinari,” katanya.

Beliau berpendapa­t, bahasa Melayu juga dapat diangkat menjadi bahasa rasmi ASEAN dengan mengkaji aspek dalam dan luar bahasa itu sendiri.

“Secara intrabahas­a, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ASEAN yang dapat dilihat dari aspek kesederhan­aan bentuk kata, kosa kata, huruf dan bunyi bahasa.

“Ini berikutan bahasa Melayu menggunaka­n huruf Latin, mempunyai bunyi dan irama yang merdu serta memiliki keterbukaa­n menerima unsur serapan daripada bahasa lain. Namun, bahasa Melayu masih mempunyai keterbatas­an kosa kata,” katanya.

Beliau menjelaska­n, ia berbanding penambahan kosa kata bahasa Inggeris yang mencapai 8,500 perkataan per tahun.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia