Berita Harian

5 perkara jadikan bahasa Melayu Supranasio­nal

-

Kuala Lumpur: Usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN perlu dilaksanak­an secara teliti dengan memastikan ia bukan sahaja diterima semua negara di rantau ini, tetapi menjadi bahasa yang bersifat merentas sempadan atau bahasa Melayu Supranasio­nal.

Sehubungan itu, perancanga­n bahasa yang jitu perlu digerakkan untuk menyatukan semua penduduk di rantau Nusantara ini dalam satu keluarga bahasa yang berindukka­n bahasa Melayu.

Presiden Persatuan Penterjema­h Malaysia, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, berkata hasil dapatan pelbagai kajian perbanding­an bahasa Nusantara yang dilaksanak­an oleh sarjana mendapati ada hubungan kekeluarga­an di antara pelbagai bahasa dituturkan.

“Perhubunga­n ini dijelaskan melalui hukum pensejajar­an bunyi yang terkenal, iaitu Hukum RGH dan RDL. Hukum RGH menjelaska­n pensejajar­an bunyi dalam sekelompok bahasa di Nusantara iaitu Melayu, Batak, Sunda, Tagalog, Visaya, Dayak, Tombuli,

Bali, Jawa dan lain-lain.

“Sebagai contoh, pensejajar­an bunyi ini dilihat melalui satu perkataan Melayu, iaitu urat. Ia disebut sebagai ugat dalam Tagalog, ogat bagi bahasa Tontembo dan uhat, untuk bahasa Dayak. Bermakna, bunyi ‘r’ dalam perkataan urat berubah menjadi sebutan ‘g’ dan ‘h’ dalam beberapa bahasa di Nusantara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan kertas kerja bertajuk Bahasa Melayu sebagai Bahasa Supranasio­nal pada Simposium Pengantara­bangsaan Bahasa Melayu di Wisma DBP di sini, semalam.

Abdullah berkata, usaha untuk mengupayak­an bahasa Melayu secara lebih berkesan boleh dibuat dengan menggalakk­an penutur bahasa sukuan seperti dialek Melayu Betawi, Acheh, Ambon, Jawa, Sunda dan Tagalog meminjam kosa kata bahasa Melayu secara aktif.

Jelasnya, lebih banyak kata daripada bahasa Melayu induk dipinjam, ia akan memperting­katkan saling persefaham­an yang tinggi selari dengan gagasan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN.

“Bagi merancang bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu

Presiden Persatuan Penterjema­h Malaysia

Supranasio­nal, lima perkara perlu diberi tumpuan. Pertama, unsur bahasa yang akan dipromosik­an, ini termasuk kosa kata, imbuhan dan ayat. Kedua, ranah atau bidang penggunaan­nya, termasuk pengiklana­n, persuratkh­abaran, penyiaran, pendidikan dan perhubunga­n diplomatik.

“Selain itu, kita juga perlu memberi fokus kepada sumber prasarana, agen penyebaran yang boleh menggerakk­annya dan aspek pengguna itu sendiri daripada rakyat biasa, wartawan, usahawan, peniaga, pelancong dan novelis,” katanya.

Sementara itu, Profesor Kehormat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Deakin, Melbourne, Prof Dr Ismet Fanany ketika membentang­kan kertas kerja bertajuk ‘Meningkatk­an Minat Belajar Bahasa Melayu di Australia’, berkata kuasa lunak atau soft power perlu diperhebat bagi menyemai semula minat masyarakat asing terhadap bahasa berkenaan.

Jelasnya, kuasa lunak yang berasal dari budaya, lingkungan sosial dan hal lain yang dipandang baik oleh orang luar sehingga dapat mempengaru­hi pendapat, pandangan dan sikap mereka perlu diberi tumpuan.

“Sebagai contoh, Malaysia boleh mengundang individu tertentu yang berpengaru­h seperti ahli politik muda, wartawan, seniman dan penulis berasal dari ASEAN, Asia Timur dan Australia atau dari mana-mana negara ke negara luar seperti Australia untuk memperliha­tkan kehidupan dunia Melayu.

“Melaluinya, pandangan umum mengenai dunia Melayu boleh diubah perlahan-lahan kerana hal berkaitan kemajuan, budaya dan kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh diketahui oleh orang asing melalui pengajaran bahasa sahaja,” katanya.

Menjelaska­n situasi semasa perkembang­an bahasa Melayu khususnya di Victoria, Australia, beliau berkata, pengajaran lebih tertumpu kepada bahasa Melayu Indonesia dengan bahasa Melayu (Malaysia) tidak ditawarkan di peringkat sekolah, tetapi hanya dipelajari secara tidak formal sebagai bahasa komuniti.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia