Berita Harian

8 Cabang laksana undian semula sebelum akhir Mei

-

Pemilihan PKR 2022

Penangguha­n disebabkan beberapa masalah teknikal

Kuala Lumpur: Pengundian fizikal semula Pemilihan PKR 2022 bagi lapan cabang di empat negeri akan dilaksanak­an sebelum akhir bulan ini dan keputusan tidak rasmi pemilihan parti hanya akan diketahui selepas proses pengundian itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya belum memuktamad­kan tarikh bagi pengundian semula di lapan cabang yang membabitka­n cabang Gua Musang, Pengkalan Chepa, Bachok, Ketereh dan Tumpat di Kelantan, Dungun (Terengganu), Hulu Selangor (Selangor) dan Padang Serai (Kedah).

Beliau berkata, pengundian semula di lapan cabang itu disebabkan beberapa masalah, termasuk masalah teknikal ketika pengundian fizikal.

“Kita juga menerima bantahan di beberapa cabang dan JPP sedang membincang serta menilai semua bantahan itu. Jika terpaksa membuat pengundian semula, kami akan lakukan juga secara serentak dengan pengundian lapan cabang itu,” katanya kepada

hari ini. Justeru, beliau berkata, keputusan tidak rasmi pemilihan parti berusia 23 tahun yang dijadualka­n untuk dipaparkan di laman web rasmi PKR semalam terpaksa ditangguhk­an dan ia hanya akan diketahui dalam tempoh 24 jam selepas proses pengundian semula cabang-cabang berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan lima cabang di Kelantan, Dungun dan Padang Serai mengalami masalah teknikal ketika pengundian fizikal, manakala cabang Hulu Selangor terpaksa ditangguhk­an berikutan peralatan logistik seperti kerusi dan meja tidak disediakan.

Sementara itu, Dr Zaliha memaklumka­n sebanyak 57 daripada keseluruha­n 222 cabang menang tanpa bertanding bagi semua jawatan peringkat cabang pada Pemilihan PKR 2022.

Katanya sebanyak 12.22 peratus iaitu 136,629 ahli PKR sudah mengundi dalam pemilihan parti setakat semalam, termasuk 76,932 yang mengundi secara dalam talian sejak 18 Mei sehingga 20 Mei.

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksika­n seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan pada peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Pencalonan bagi 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMK) dan Ahli Majlis Wanita Keadilan Pusat (MPWP) dijadualka­n pada 28 Mei.

Pengumuman rasmi calon yang menang jawatan pada Pemilihan PKR 2022 akan diumumkan pada 25 Jun depan sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan, manakala bagi ketua wanita dan ketua AMK akan diumumkan pada 24 Jun, pada kongres tahunan masing-masing. BERNAMA

 ?? (Foto Mohd Adam Arinin/bh) ?? Ahli PKR Sabah mengundi pada Pemilihan PKR 2022 secara fizikal di Sembulan, Sabah.
(Foto Mohd Adam Arinin/bh) Ahli PKR Sabah mengundi pada Pemilihan PKR 2022 secara fizikal di Sembulan, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia