Berita Harian

MB Selangor dijangka menang selesa

-

Kuala Lumpur: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, dijangka menang selesa pada pemilihan PKR bagi jawatan Ketua Cabang Gombak, yang berakhir Sabtu.

Amiruddin yang turut merebut jawatan tertinggi iaitu Naib Presiden PKR, dilihat memiliki kelebihan meraih undi tertinggi dari 21 cabang PKR di Selangor yang selesai mengundi, sekali gus meletakkan kedudukann­ya selesa untuk mengisi satu daripada empat jawatan nombor tiga PKR itu.

Sumber Jawatankua­sa Pemilihan

Parti (JPP) di negeri itu berkata, di cabang Gombak, kira-kira 3,100 anggota yang mengundi, Amiruddin mendahului dengan memperoleh sekitar 2,250 undi.

“Kira-kira 1,500 diperoleh daripada undi atas talian, sementara lebih 700 undi diperoleh daripada undi secara fizikal. Kalau dihitung, Menteri Besar menang dengan jurang undi yang begitu besar,” kata sumber itu kepada BH.

Di Gombak, Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, dicabar bekas Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pesaingnya memperoleh hanya sekitar 800 undi, sekal igus menyukarka­nnya untuk memintas undi yang diperoleh Amiruddin.

Pemilihan PKR di 22 cabang di

Selangor berlangsun­g Sabtu lalu, hanya cabang Hulu Selangor yang ditangguhk­an berikutan masalah persiapan dewan atau tempat mengundi.

Sementara itu, satu lagi sumber dalaman PKR memaklumka­n, gandingan Amiruddin dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilihat memiliki harapan cerah untuk memperoleh undi tertinggi di Selangor serta beberapa negeri lain.

“Di Selangor, gandingan kedua-dua pemimpin ini nampak serasi dan dijangka boleh menang di kebanyakan cabang di Selangor dan beberapa negeri lain termasuk Perak, Sabah dan Terengganu,” katanya.

Selangor merekodkan 40 peratus daripada keahlian PKR di seluruh negara, yang mana penguasaan undi di negeri ini serta Sabah saja, cukup untuk memberi harapan selesa kepada mana-mana calon untuk menang dalam pemilihan PKR kali ini.

JPP dijadualka­n mula mengumumka­n keputusan pemilihan PKR khususnya pada peringkat cabang yang bermula semalam.

Amiruddin Shari

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia