Berita Harian

PM perkasa Dasar Pandang ke Timur

-

Konsep Keluarga Malaysia turut diketengah dalam lawatan rasmi sulung ke Jepun

Tokyo: Memperkasa­kan Dasar Pandang ke Timur serta memperkena­lkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-jepun adalah di antara inti pati bakal diketengah­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika lawatan kerja rasmi ke Jepun, selama enam hari, bermula semalam.

Lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi sulung ke Jepun sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.

Sempena lawatannya, Ismail Sabri akan bertemu rakan sejawatnya, Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu pada Oktober tahun lalu.

“Ini pertemuan fizikal pertama di antara Perdana Menteri Malaysia (Ismail Sabri) dan Jepun (Kishida),” kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar

Malaysia di Tokyo, Nor’ Azam Mohd Idrus, mengenai pertemuan dua pemimpin itu yang akan berlangsun­g pada 27 Mei, kepada media Malaysia di sini, semalam.

Ismail Sabri dan Kishida sebelum ini pernah mengadakan Sidang Kemuncak Jepun-malaysia melalui sidang telefon pada 20 April lalu, yang kedua-duanya menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabang­sa.

Nor’ Azam berkata, antara inti pati akan dibincangk­an kedua-dua pemimpin dalam pertemuan mereka adalah mengenai hubungan Malaysia-jepun, termasuk kerjasama pandemik COVID-19, pembukaan sempadan dan penubuhan kampus Universiti Tsukuba di Malaysia.

Malaysia membuka semula sempadan pada 1 April 2022, manakala Jepun belum membuka sempadan negara sepenuhnya.

“Lawatan ini juga adalah ketika ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT) yang memberi sumbangan besar dalam pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun,” katanya.

Sempena pertemuan itu nanti, kedua-dua Perdana Menteri akan menyaksika­n majlis menandatan­gani tiga memorandum kerjasama antara Malaysia dan Jepun.

Ia membabitka­n Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementeria­n Ekonomi, Perdaganga­n dan Industri, Jepun mengenai industri pesawat; Memorandum Kerjasama Mengenai Kerangka Asas Bagi Perkongsia­n Maklumat Untuk Operasi Sewajarnya Sistem Berkaitan Sumber Manusia Asing dengan Status ‘Pekerja Mahir Tertentu’ dan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementeria­n Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun mengenai kerjasama dalam bidang belia dan sukan.

Ketika di ibu negara Jepun itu, Ismail Sabri akan menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan ‘Redefining Asia’s Role in a Divided World’ pada 26 Mei.

“Ismail Sabri akan menyampaik­an ucapan dan suara Malaysia dalam bahasa Melayu pada persidanga­n Nikkei itu,” katanya.

Nor’ Azam berkata, Ismail Sabri dijangka membangkit­kan isu, termasuk meningkatk­an integrasi ekonomi serantau, memperkasa­kan mekanisme rundingan dan kerjasama, kerjasama dalam menangani perubahan iklim serta berkongsi konsep Keluarga Malaysia dalam

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ucaptamany­a.

“Penyertaan beliau (Ismail Sabri) akan menjadi platform untuk Malaysia berkongsi idea dan pengalaman dalam pelbagai inisiatif untuk menentukan arah tuju rantau Asia pada masa hadapan,” katanya.

Ketika di Tokyo, Ismail Sabri juga akan mengadakan pertemuan dengan tokoh korporat dan ahli perniagaan syarikat terkemuka di Jepun bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan memperkuku­hkan hubungan perdaganga­n antara Malaysia dan Jepun.

Antara tokoh yang akan ditemuinya pada 27 Mei adalah syarikat Jepun yang sudah bertapak di Malaysia seperti Mitsui Fudosan, Mitsubishi Power dan Marubeni serta berpotensi untuk mengembang­kan operasi mereka di Malaysia. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia