Berita Harian

Teliti syor bina lebuh raya baharu

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan pihak swasta bagi pembinaan lebuh raya baharu dalam menangani kesesakan jalan raya, termasuk di Lembah Klang.

Tanpa memperinci­kan jumlah dan lokasi cadangan berkenaan, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pihaknya mengambil maklum kesesakan dihadapi pengguna khususnya ketika musim perayaan.

“Sememangny­a kalau musim perayaan, khususnya kalau di luar Lembah Klang akan sesak. Sebab itu banyak cadangan baharu sekarang ini sudah dikemukaka­n pihak swasta dan kita sedang meneliti, termasuk dalam Lembah Klang.

“Ada sebahagian­nya sudah diluluskan dan diharapkan dengan kelulusan ini nanti mereka patuhi segala keperluan dan syarat ditetapkan.

“Kalau dibina nanti diharap hubung jalinan antara jalan dalam Wilayah Persekutua­n atau Greater Klang Valley dan juga keseluruha­n dalam Malaysia akan bertambah baik,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementeria­n Kerja Raya 2022 di sini, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, pembinaan lebuh raya atau laluan baharu tidak juga akan menjamin menyelesai­kan sepenuhnya masalah kesesakan.

“Kadar pemilikan kenderaan di Malaysia juga meningkat, jalan sedia ada tidak dapat

Menteri Kanan Kerja Raya menampung jumlah. Sebab itu pada peringkat kerajaan kita juga perlu buat pengangkut­an awam, MRT, LRT, ini sebahagian­nya untuk memastikan ia jadi pilihan rakyat.

“Kalau 60 peratus guna jalan raya, 40 peratus lagi guna perkhidmat­an pengangkut­an awam, ia akan dapat mengimbang­i penggunaan kenderaan dan kurangkan kesesakan,” katanya.

Tambah beliau, ketika ini juga kerajaan banyak berpanduka­n kepada Pelan Pembanguna­n

Jaringan Lebuh Raya yang dikaji setiap lima tahun.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan kenderaan mikro mobiliti di negara ini, Fadillah berkata, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pengangkut­an dan membantu apa juga dasar yang ditetapkan dan juga pelaksanaa­nnya.

“Bagi kenderaan mikro mobiliti ini cabarannya sama juga dengan lorong motosikal, kalau nak buat seluruh negara kosnya tinggi.

“Contoh di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), orang tidak berani hendak gunakan lorong motosikal sebab kadang-kadang sunyi, vandalisme dan jenayah juga berlaku.

“Ini yang kita kena lihat, dari segenap aspek, kawalan keselamata­n, saya sedar malah lorong motosikal di Lebuhraya Persekutua­n juga memerlukan penyelengg­aran pelbagai peringkat dan agensi, kita kena selaraskan supaya keadaan jalan lebih baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia