Berita Harian

Kes baharu susut

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Bilangan kematian turut catat penurunan minggu lalu

Putrajaya: Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukka­n perkembang­an positif sepanjang Minggu Epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukka­n penurunan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, Kementeria­n Kesihatan (KKM) merekodkan penurunan kes baharu 28.8 peratus, iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Beliau berkata, bilangan kes tempatan juga menunjukka­n penurunan 28.8 peratus, iaitu dari 19,108 kes kepada 13,615 kes dan bilangan kes import menurun 48.3 peratus, iaitu daripada 29 kes kepada 15 kes.

Turut menunjukka­n penurunan adalah bilangan kes kematian pada ME 20/2022, iaitu penurunan kepada 12.1 peratus daripada 33 kes kepada 29 kes berbanding minggu epid sebelumnya.

“Bilangan kes sembuh pada ME 20/2022 meningkat 21.1 peratus iaitu daripada 12,618 kes kepada 15,278 kes berbanding ME 19/2022,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Mei 2022 (ME 20/2022), sejumlah 4,489,503 kes positif COVID-19 dikesan dengan kes aktif 28,085 kes ketika ini.

Beliau berkata, ketika ini sejumlah 4,425,777 kes sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19, namun sehingga kini 35,641 kes kematian akibat COVID-19 turut dilaporkan.

Katanya, sepanjang lebih dua tahun penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, sebanyak 7,011 kluster jangkitan dikesan dan ketika ini 34 kluster masih aktif.

Pada ME 20/2022 juga, purata nilai kadar kebolehjan­gkitan (RT) menunjukka­n penurunan sebanyak 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Secara keseluruha­n, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun 9.0 peratus pada ME 20/2022 berbanding ME 19/2022.

“Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun 50 peratus dengan jumlah pesakit COVID-19 semua menurun 50 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, peratusan penggunaan katil bukan kritikal dan di PKRC sepanjang ME 20/2022 tidak menunjukka­n perubahan, tetapi ada penurunan sebanyak 33 peratus bagi penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU).

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukka­n penurunan.

Penularan COVID-19

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia