Berita Harian

‘Tiada satu sen pun guna duit pembayar cukai’

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kes dana Yayasan Akalbudi

Zahid dakwa sumber kewangan diperoleh daripada lebihan pendapatan sendiri

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, mendakwa tidak ada satu sen pun sumber dana Yayasan Akalbudi berjumlah puluhan juta ringgit, datangnya daripada wang kerajaan atau pembayar cukai.

Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa, sumber dana yayasan berkenaan sebaliknya datang daripada lebihan pendapatan beliau ketika membabitka­n diri dalam sektor korporat sebelum menjawat jawatan sebagai anggota pentadbira­n.

Ahmad Zahid berkata, beliau pernah mengetuai empat syarikat yang disenaraik­an di bursa dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum menjadi timbalan menteri, menteri serta timbalan perdana menteri.

Katanya, pendapatan dan elaun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengerusi Eksekutif dan Pengerusi dalam syarikat terbabit, melebihi perbelanja­an dan keperluan keluargany­a.

“Maka saya berazam atas nasihat bapa yang juga seorang mudir (pengetua sekolah agama) untuk menyalurka­n lebihan pendapatan itu kepada orang yang memerlukan melalui amal jariah, sedekah, infak, wakaf bagi tujuan keagamaan dalam yayasan yang saya wujudkan sejak tahun 1970-an lagi.

“Saya juga memperoleh dividen daripada syarikat berkenaan untuk dimasukkan dalam tabung yayasan dan menjalanka­n urus niaga pasaran saham, sama ada dalam saham blue chip atau saham disenaraik­an dan saham tawaran permulaan awam (IPO) bagi memperoleh pendapatan.

“Di samping itu, memang terdapat beberapa sumbangan daripada rakan dan ahli perniagaan yang tiada kena-mengena dengan portfolio yang saya pegang. Tidak ada langsung satu sen pun yang datang daripada sumbangan kerajaan atau dari wang rakyat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, pada sesi pemeriksaa­n utama ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut mempersoal­kan mengapa beliau dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi, sedangkan perbuatan terbabit disebabkan kecuaian bekas setiausaha eksekutifn­ya, Mejar Mazlina Mazlan@ramly, dalam membuat transaksi pembayaran kad kredit milik beliau.

“Inilah, saya sendiri tidak faham. Kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang (pembayaran kad kredit). Ertinya ini cuai. Yang kena saya. Adakah ini satu keadilan?” Soal Ahmad Zahid.

Beliau menjawab demikian ketika Ahmad Zaidi menyoal anak guamnya berhubung transaksi lebihan dan kekurangan pembayaran kad kredit menggunaka­n duit yayasan yang dibuat Mazlina.

Ahmad Zahid berkata, lebihan dan kekurangan pembayaran kad kreditnya adalah disebabkan kecuaian yang diakui sendiri oleh Mazlina, dalam mengendali­kan perbelanja­an kad kredit berkenaan.

Malah menurut beliau, Mazlina

ketika memberikan keterangan menyatakan tidak tahu, tidak pasti, dan tidak ingat berhubung pengurusan bil kad kredit terbabit.

Katanya, beliau juga tidak pernah membenarka­n Mazlina yang juga saksi ke-90 pendakwaan untuk menggunaka­n cop tandatanga­n atau cek pratandata­ngan bagi pembayaran kad kredit peribadi dan polisi insurans kenderaan miliknya.

“Sebagai banker yang terlatih dan berpengala­man, sekiranya saya tahu Mazlina berkelakua­n sebegini, saya tidak akan beri kebenaran dan akan menghentik­an perbuatann­ya serta-merta.

“Mazlina sendiri tidak pernah menyerahka­n dan menunjukka­n kepada saya sebarang penyata kad kredit bulanan dan cek dikeluarka­n olehnya. Sekiranya penyata kad kredit bulanan dan cek itu diserahkan atau ditunjukka­n kepada saya, saya tidak akan memberi kebenaran terhadap pembayaran itu.

“Begitu juga penyata bank bulanan peribadi milik saya dan Yayasan Akalbudi tidak pernah ditunjukka­n kepada saya walaupun telah diminta daripada Mazlina. Saya ingin menegaskan bahawa saya akan menghentik­an perbuatan Mazlina sekiranya mengetahui beliau mengeluark­an pembayaran secara lebihan dan pembayaran yang kurang bagi tujuan pembayaran kad kredit saya,” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia