Berita Harian

Persatuan gesa APAD selaras semula kadar baharu tambang teksi

-

Kuala Lumpur: Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) wajar membenarka­n penyelaras­an tambang teksi dibuat daripada kadar sedia ada, jika syarikat e-hailing dibenar menaikkan kadar tambang perkhidmat­an mereka.

Penasihat Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam, Yazid Mohd Yusof, berkata pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan syarikat e-hailing, menaikkan tambang perkhidmat­an, ketika negara kini sedang dalam fasa peralihan ke endemik.

“Kini khidmat teksi masih mengekalka­n kadar sama seperti ditetapkan kerajaan.

“Kalau syarikat e-hailing menaikkan tambang, kami tidak boleh nak berbuat apa-apa, namun bagi saya tindakan itu tidak patut.

“Jika kenaikan harga disebabkan kos sara hidup semakin tinggi, bagaimana dengan pemandu teksi? Kami juga mempunyai keluarga yang perlu disara.

“Kalau teksi boleh kenakan harga permulaan RM3 menerusi meter, mengapa syarikat e-hailing tidak boleh berikan harga lebih berpatutan kepada pengguna?” katanya.

Yazid berkata, APAD perlu memantau isu terbabit kerana jika syarikat e-hailing boleh menaikkan tambang, maka penyelaras­an juga perlu dibenarkan kepada pemandu teksi.

Katanya, ketika ini pemandu sektor e-hailing mula mengeluh kerana pihak yang mendapat keuntungan daripada kenaikan tambang adalah syarikat pengendali, bukan mereka yang memandu.

Pada masa sama, Yazid mengakui, perkhidmat­an teksi kini kembali mendapat perhatian pengguna susulan kenaikan tambang e-hailing, namun kekurangan pemandu teksi yang aktif menyukarka­n mereka memenuhi permintaan dengan lebih berkesan.

“Penumpang ada hubungi kami untuk dapatkan perkhidmat­an. Kebiasaann­ya kami akan bahagikan dalam kalangan ahli persatuan, namun disebabkan pemandu teksi yang ada tidak mencukupi, saya tidak dapat penuhi permintaan,” katanya.

Yazid Mohd Yusof

 ?? (Foto hiasan) ?? Perkhidmat­an teksi masih mengekalka­n kadar tambang sama berbanding syarikat e-hailing.
(Foto hiasan) Perkhidmat­an teksi masih mengekalka­n kadar tambang sama berbanding syarikat e-hailing.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia