Berita Harian

‘Syukur doa temui mayat dimakbul’

- Oleh Zaid Salim bhnews@bh.com.my

Waris nelayan reda, lega penantian berakhir

Kuala Terengganu: Penantian keluarga kepada nelayan, Tuan Razali Wok yang terjatuh laut berakhir semalam apabila mayat lelaki terbabit ditemukan.

Anak bongsu mangsa, Tuan Nurul Hidayah Tuan Razali, 37, berkata dia dan keluargany­a terutama ibu mereka reda dan bersyukur apabila bapanya yang dipanggil bak, 74, itu ditemui.

“Syukur Alhamdulil­lah pagi ini (semalam) penantian berakhir. Allah makbulkan doa kami. Pemergian bak sudah dijangka dan bersyukur sekurang-kurangnya ada tanda,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Muhammad Zawawi Salleh di rumah keluargany­a di Kampung Raja, Chendering di sini, semalam.

Tuan Nurul Hidayah berkata, dia menerima berita penemuan bapanya daripada ibu saudara yang bekerja di Lembaga Pelabuhan Ikan Malaysia (LKIM) pada jam 8 pagi.

Katanya, walaupun mayat bapanya masih dalam perjalanan ke Jeti Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dia yakin jasad ditemui itu adalah ayahnya berdasarka­n warna pakaian dipakai, iaitu baju biru dan berseluar hitam.

Katanya, mayat ditemukan anak rakan ayahnya yang dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan kira-kira 30 batu nautika dari sini pada 7.45 pagi.

“Walaupun belum melihat mayat berkenaan, kami yakin berdasarka­n warna baju dan seluar dipakai, mayat itu adalah bak,” katanya.

Tuan Nurul Hidayah mewakili keluargany­a mengucapka­n terima kasih kepada semua yang terbabit mencari ayahnya itu termasuk abang, Tuan Romzi, 51, yang tidak kenal erti penat, siang dan malam turun ke laut.

 ?? (Foto Zaid Salim/bh) ?? Tuan Kuntum Tuan Ngah (dua dari kanan) bersama ahli keluarga diselubung­i kesedihan setelah menerima berita penemuan mayat suaminya, semalam.
(Foto Zaid Salim/bh) Tuan Kuntum Tuan Ngah (dua dari kanan) bersama ahli keluarga diselubung­i kesedihan setelah menerima berita penemuan mayat suaminya, semalam.
 ?? ?? Keratan akhbar BH Khamis lalu.
Keratan akhbar BH Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia