Berita Harian

Lupakan sekolah demi jaga ibu sakit

- Oleh Paya Linda Yahya

Norfadzlet­e Aryani (kiri) menghulurk­an bantuan kepada Ain Nayuni di Hospital Gua Musang, semalam.

Pesakit SLE teruk perlu perhatian sepenuhnya tukar lampin, beri susu bhnews@bh.com.my

Gua Musang: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat terpaksa melupakan hasrat untuk kembali ke sekolah kerana perlu menjaga ibunya yang sakit.

Ain Nayuni Azian, 16, berkata dia menjaga ibunya, Norli Mohd

Adnan, 37, yang menghidap penyakit sistemik lupus eritematos­us (SLE) sejak 12 tahun lalu.

Katanya, keadaan ibunya menjadi semakin teruk sejak tiga bulan lalu menyebabka­n dia berkorban untuk menjaga ibu, manakala ayahnya, Azian Rozi, 42, yang bekerja kampung keluar mencari rezeki.

“Dalam keluarga, hanya saya yang boleh diharapkan menjaga ibu yang kini terlantar dan memerlukan perhatian sepenuhnya untuk menukar lampin dan memberi susu.

“Ibu memerlukan penjagaan rapi memandangk­an dia tidak dapat menguruska­n dirinya sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ain Nayuni menerima kunjungan Ketua Puteri UMNO Gua Musang, Norfadzlet­e Aryani Mat Rosli yang melawat ibunya di Hospital Gua Musang.

Ani Nayuni berkata, ibunya hanya bergantung kepada susu yang diberikan melalui tiub, selain perlu menukar lampin tiga atau empat kali sehari.

“Sebulan ibu memerlukan sehingga empat hingga lima tin susu jenama khas, lampin pakai buang dan tisu basah. Dianggarka­n kos sebulan lebih RM500 untuk membeli keperluan ibu. Itu belum lagi untuk keperluan kami adik-beradik.

“Walaupun ibu mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia masih tidak cukup,” katanya.

 ?? (Foto Paya Linda Yahya/bh) ??
(Foto Paya Linda Yahya/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia