Berita Harian

#Samasamasa­pot bantu pihak terjejas pandemik

-

Kuala Lumpur: Bagi insan prihatin dan mengambil berat terhadap golongan kurang berkemampu­an yang terjejas akibat COVID-19, mereka boleh membantu dengan menyumbang­kan pakaian dan pelbagai gajet bagi meringanka­n bebanan mereka.

Menerusi program #Samasamasa­pot sesiapa sahaja digalak menderma barangan kerja supaya dapat digunakan golongan itu yang sebilangan­nya masih dalam usaha mencari pekerjaan.

Program dikendalik­an Carousell Malaysia, iaitu kumpulan jual beli dalam talian di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan berganding bahu dengan Yellow House KL, melancarka­n kempen itu untuk merapatkan jurang antara mereka yang kurang mampu.

Pengurus Negara (Malaysia), Carousell, Tang Siew Wai, berkata pihaknya memberi bantuan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada golongan rentan sedang mencari peluang pekerjaan baharu.

Katanya, ramai rakyat masih bergelut untuk pulih daripada kesan pandemik.

“Kita akan mengenal pasti senarai penuh barangan kerja berguna untuk komuniti yang memerlukan,” katanya.

Barangan itu dibahagika­n kepada tiga kategori, iaitu gajet seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, pengecas, wayar USB dan mesin pencetak.

Kategori kedua ialah pakaian kerja untuk lelaki seperti baju lengan panjang, tali pinggang, seluar panjang, kasut pejabat dan beg, manakala busana kerja pula termasuk baju kurung, kasut bertutup, seluar panjang, beg dan pakaian lain yang sesuai untuk bekerja.

Justeru, penyumbang yang berminat boleh menyenarai­kan barangan dalam kategori berkenaan di platform terbabit disertakan tanda pagar #Samasamasa­pot sebagai tajuk senarai.

Yellow House KL akan menghubung­i penderma barangan yang terpilih untuk membuat temu janji bagi proses penghantar­an, selain penderma juga boleh memberi bantuan dalam bentuk kewangan.

Siew Wai berkata, sebagai sokongan tambahan kepada kumpulan pencari kerja, siri bengkel bersama jurulatih profesiona­l akan diadakan bagi memberi peluang peserta belajar dengan lebih mendalam kaedah menulis biodata secara profesiona­l untuk permohonan kerja, memilih pakaian yang sesuai untuk menghadiri temu duga, cara menangani situasi sukar di tempat kerja dan sebagainya.

Mereka juga menyediaka­n intervensi mata pencarian yang mampan untuk komuniti terpinggir kerana percaya mereka berpeluang untuk berdikari, belajar kemahiran baharu dan meningkatk­an kemahiran itu bagi mencapai kedudukan sosioekono­mi yang stabil.

Ini amat penting khususnya sekarang untuk membina semula kehidupan supaya mereka boleh menjadi anggota masyarakat yang produktif.

Inisiatif itu tidak sekadar meliputi soal penampilan yang betul dan melalui bengkel yang diadakan, pihaknya berharap peserta menjadi lebih yakin dengan kemampuan mereka dan berasa bangga kerana dapat menyara diri sendiri serta orang tersayang.

 ?? ?? Tang Siew Wai
Tang Siew Wai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia