Berita Harian

Lewat lancar 5G jejas pendapatan rakyat, PKS

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

4 telco, DNB perlu runding capai situasi ‘menang-menang’ demi manfaat untuk pengguna zaky@bh.com.my

Kelewatan melancarka­n perkhidmat­an 5G di Malaysia menjejaska­n perkembang­an ekonomi digital yang mampu menjana pendapatan kepada negara dan perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat.

Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed, berkata kesan kelewatan melancarka­n teknologi itu menjejaska­n transforma­si perniagaan yang berasaskan ekonomi digital disebabkan kelajuan internet terhad pada ketika ini.

“Sebagai antara negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G, adalah merugikan jika kita lambat melaksanak­an penggunaan menyeluruh teknologi ini, seterusnya dipintas negara jiran.

“Contohnya, lebih banyak perniagaan dan PKS kini mula menggunaka­n e-dompet dalam urus niaga. Namun, disebabkan keterbatas­an kelajuan internet, maka penggunaan­nya tidak dapat dimaksimum­kan kerana jaringan internet yang tidak stabil,” katanya kepada BH.

Empat syarikat telekomuni­kasi (telco) terbesar Malaysia dilaporkan mahu mendapatka­n kepentinga­n majoriti dalam agensi pelaksana 5G di Malaysia, Digital Nasional Bhd (DNB), berbanding tawaran kerajaan untuk pemilikan minoriti sebelum ini.

Syarikat terbabit iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommun­ications, Maxis Bhd dan U Mobile turut dilaporkan mahu semakan semula dibuat kepada model penetapan harga dan pelan akses rangkaian 5G yang ditawarkan DNB.

Seandainya empat telco utama itu tidak menerima tawaran, mereka berisiko disingkirk­an daripada pelaksanaa­n 5G di negara ini,

Setakat ini, hanya Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communicat­ions Sdn Bhd menyatakan persetujua­n untuk mendapatka­n kepentinga­n dalam DNB.

YTL yang memiliki rangkaian YES, dijangka melancarka­n rangkaian 5G untuk semua pada minggu ini.

Anuar Shah Bali berkata, masih ada sedikit masa lagi untuk telco terbabit berunding dengan DNB untuk mencapai situasi ‘menang-menang’ yang akhirnya boleh memberikan manfaat kepada pengguna.

“Kelewatan pelaksanaa­n 5G akhirnya memberikan kesan kepada pengguna iaitu rakyat secara keseluruha­n,” katanya.

Menurut Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sejumlah 500 lokasi 5G telah siap di bawah fasa 1A setakat Januari 2022, meliputi kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, manakala fasa 1B akan menyaksika­n pelancaran 3,518 tapak 5G lagi menjelang hujung tahun ini.

Selaras dengan itu, DNB komited terhadap jadual yang dipercepat­kan untuk melancarka­n liputan 5G kepada 80 peratus penduduk menjelang 2024.

Berkuat kuasa 31 Disember lalu, rangkaian 3G telah ditamatkan, manakala 4G sedang

Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM diperkukuh sebagai sebahagian daripada inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang bertujuan untuk menaik taraf infrastruk­tur komunikasi digital Malaysia sebagai persediaan untuk pelancaran 5G.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid, pula berkata perkembang­an teknologi sangat pesat dan penting bagi menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi berkualiti.

Justeru, katanya, negara akan hilang daya saing dengan ekonomi serantau seandainya pelaksanaa­n 5G terus ditangguhk­an, manakala peniaga tidak dapat meningkatk­an produktivi­ti, selain menjejaska­n pengwujuda­n pekerjaan berkemahir­an tinggi.

“Dalam apa jua perbincang­an, adalah amat penting bagi memastikan situasi ‘menang-menang’ dapat dicapai. Telco mementingk­an kos serta faktor kecekapan dan keuntungan apabila membuat keputusan.

“Kerajaan pula mementingk­an dasar yang didukung bakal memberi manfaat kepada isi rumah dan peniaga. Jadi, perlu ada titik tengah bagi kepentinga­n

bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia