Berita Harian

Public Bank bantu 438,000 peminjam terjejas

-

Kumpulan Public Bank membantu kira-kira 24 peratus daripada peminjam dengan jumlah pinjaman melebihi RM8 bilion melalui pelbagai Program Bantuan Pembayaran Balik yang memanfaatk­an hampir 438,000 individu dan perniagaan.

Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata kumpulan perbankan itu turut aktif mempromosi­kan skim pembiayaan khas yang diperkenal­kan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengatasi cabaran akibat COVID-19.

Beliau berkata, secara keseluruha­n, kumpulan meluluskan kira-kira RM3.4 bilion kepada lebih 17,700 perniagaan PKS di bawah skim pembiayaan khas berkenaan.

“Bantuan pembayaran balik itu tidak terhad kepada pelanggan yang terjejas wabak, tetapi juga yang berdepan dengan peristiwa malang seperti banjir.

“Bagi pelanggan terjejas banjir, Public Bank segera menghulurk­an bantuan untuk menangani kesukaran kewangan yang dihadapi mereka.

“Setakat ini, kumpulan meluluskan moratorium banjir kira-kira RM1.8 bilion,” katanya dalam satu kenyataan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) Public Bank ke-56, semalam.

Hong Piow berkata, Public Bank terus menumpukan pembiayaan hartanah kediaman dan kenderaan penumpang serta pemberian pinjaman kepada PKS bagi pembelian hartanah komersial dan pembiayaan modal kerja.

“Jumlah pinjaman dan pembiayaan kasar kumpulan meningkat 3.6 peratus kepada RM358 bilion pada 2021 dengan pinjaman dalam negeri berkembang 3.4 peratus.

“Kumpulan terus mengekalka­n kedudukann­ya sebagai pendahulu bagi pembiayaan runcit dalam negeri dengan bahagian pasaran masing-masing 20 peratus dan 34 peratus dalam hartanah kediaman dan pembiayaan hartanah komersial serta 30 peratus bahagian pasaran dalam pembiayaan sewa beli.

“Kumpulan juga adalah peneraju pembiaya PKS dengan bahagian pasaran sebanyak 22 peratus dalam pembiayaan PKS domestik,” katanya.

Dari segi pendanaan, beliau berkata jumlah deposit pelanggan kumpulan meningkat empat peratus kepada RM380.4 bilion pada 2021 dengan deposit dalam negeri berkembang 4.5 peratus.

“Deposit simpanan dan semasa Kumpulan yang berkos rendah, khususnya mencatatka­n pertumbuha­n kukuh 11.7 peratus pada tahun berkenaan,” katanya.

Mengenai strategi dan hala tuju strategik kumpulan, beliau berkata, peralihan Malaysia kepada fasa COVID-19 akan menggalakk­an lagi aktiviti ekonomi yang penting, sekali gus menyokong pertumbuha­n sektor perbankan.

“Kumpulan akan terus berwaspada dan bergerak pantas, mengimbang­i pertumbuha­n dan risiko di tengah persekitar­an perniagaan yang berubah bagi memastikan kemampanan dalam jangka panjang,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia