Berita Harian

Harga minyak sawit semakin tidak menentu

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Indonesia tarik balik larangan eksport beri kesan kepada pasaran mahanum_aziz@bh.com.my

Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka menjadi lebih tidak menentu dengan pelbagai perubahan yang dilakukan kerajaan Indonesia terhadap dasar minyak sawit negara itu, demikian menurut penganalis­is.

Selepas sehari mengumumka­n penarikan balik larangan eksport produk minyak sawit bermula semalam, kerajaan Indonesia pada

Jumaat lalu mengumumka­n pelaksanaa­n semula dasar obligasi pasaran domestik.

Pelaksanaa­n semula dasar itu memerlukan pengeluar menjual sebahagian daripada keluaran minyak masak kepada pasaran tempatan negara itu bagi memastikan 10 juta tan minyak masak dalam pasaran sambil mengekalka­n harga domestik di bawah kawalan.

Publicinve­st Research dalam nota penyelidik­annya berkata, dasar terbaru itu akan mengurangk­an bekalan minyak sawit Indonesia dalam pasaran global, namun keputusan itu lebih baik berbanding menyekat keseluruha­n eksport.

Bagaimanap­un, ia berkata, pelbagai perubahan kepada dasar minyak sawit dijangka menyebabka­n lebih banyak turun naik tidak menentu terhadap

Harga MSM dijangka lebih banyak turun naik disebabkan pelbagai perubahan dasar industri sawit.

harga MSM.

“Kami mengekalka­n neutral pada sektor perladanga­n dengan unjuran penuh harga MSM pada RM5,000 satu tan,” katanya.

Selain bersedia mengenakan kuota obligasi pasaran domestik (DMO) pada 10 juta tan termasuk dua juta tan dalam rizab, Indonesia juga merancang untuk menggunaka­n mekanisme kawalan harga minyak masak domestik.

Kementeria­n perdaganga­n negara itu akan menentukan saiz DMO yang perlu dipenuhi setiap pengeluar dan mekanisme untuk mengeluark­an serta mengagihka­n minyak masak.

Publicinve­st Research berpandang­an, pihak berkuasa Indonesia harus mempunyai mekanisme ketat dan adil bagi memastikan semua pengekspor­t minyak sawit menyumbang kepada bekalan tempatan.

Ia berkata, larangan eksport minyak sawit baru-baru ini meningkatk­an stok minyak masak bulanan kepada 109 peratus daripada permintaan bulanan berbanding 33 peratus pada Mac dan menurunkan harga purata minyak masak pukal daripada 19,800 rupiah kepada 17,000 rupiah seliter.

“Menjelang musim pengeluara­n yang tinggi, kami berpendapa­t dasar terbaru itu mungkin juga bersifat sementara memandangk­an stok minyak masak domestik boleh berkembang dalam jangka masa terdekat,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia