Berita Harian

TM pindah sebahagian besar operasi akhir 2022

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Langkah ke Cyberjaya, TM Annexe jimatkan kos sewa, utiliti RM100 juta setahun mahanum_aziz@bh.com.my

Telekom Malaysia Bhd (TM) akan memindahka­n kebanyakan operasi dari Menara TM ke TM Annexe dan Cyberjaya menjelang akhir tahun ini, demikian menurut RHB Research.

Ia berkata, dengan langkah berkenaan, syarikat telekomuni­kasi terkemuka di Malaysia itu berpotensi menikmati penjimatan kos kira-kira RM100 juta setahun.

“Kami melihat skop untuk penjimatan perbelanja­an operasi (opex) selanjutny­a, dengan kumpulan itu memasuki tahun kedua program peningkata­n prestasi tiga tahun.

“Mengoptimu­mkan ruang pejabat akan menyaksika­n TM beralih sebahagian besar operasinya dari Menara TM ke TM Annexe dan Cyberjaya menjelang akhir 2022, yang boleh diterjemah­kan kepada RM100 juta penjimatan dalam kos sewa dan utiliti setahun,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

RHB Research berkata, pengurusan TM juga telah menekankan penjimatan pemeroleha­n tambahan dan kos kakitangan yang lebih rendah daripada pengoptimu­man tenaga kerja.

Cabang penyelidik­an RHB Banking Group itu menjangkak­an TM akan mencatatka­n pendapatan lebih rendah pada suku pertama 2022 dengan jangkaan penguranga­n antara enam hingga 10 peratus berbanding suku sebelumnya.

Katanya, dengan opex terkawal, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan amortisasi (EBITDA) teras boleh diturunkan dengan jumlah lebih kecil berbanding pendapatan, manakala pendapatan teras berkemungk­inan besar akan disempitka­n oleh Cukai Makmur dan item sekali saja yang lain.

TM pindah kebanyakan operasi dari Menara TM (bangunan kanan) ke TM Annexe akhir tahun ini.

“(Prospek) internet dan borong masih cerah. Unit digital baharu TM, iaitu Credence diletakkan sebagai entiti bebas dengan mandat untuk berkembang menerusi penggabung­an dan pengambila­lihan (M&A).

“TM kekal sebagai sektor pilihan kami. Pendapatan yang lebih kukuh dan prospek pendapatan kekal utuh, justeru kami melihat skop penjimatan opex dimasukkan ke tahun kewangan 2023, manakala persaingan gentian runcit adalah terurus.

“Pada pandangan kami, ia ditampan sebahagian­nya oleh perniagaan borong yang berkembang. Justeru, kami kekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham TM dan harga sasaran pada RM7.65,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia