Berita Harian

Pelabur asing kekal pembeli bersih saham tempatan

-

Pelabur asing terus menjadi pembeli bersih untuk minggu berakhir 20 Mei 2022, apabila mencatatka­n jumlah aliran masuk bersih RM26.15 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).

Dalam Laporan Aliran Dana mingguan, firma itu berkata, peruncit tempatan bertukar menjadi penjual bersih selepas lima minggu berturut-turut menjadi pembeli bersih dengan aliran keluar bersih RM8.03 juta.

“Sementara itu, institusi tempatan pula terus menjadi penjual bersih dengan kedudukan jualan RM18.12 juta minggu lalu,” kata firma penyelidik­an itu.

MIDF Research berkata, sehingga kini, dana antarabang­sa menjadi pembeli bersih untuk tempoh 16 daripada 20 minggu bagi tahun ini, mencatatka­n jumlah aliran masuk bersih RM7 bilion.

“Mereka adalah penjual bersih pada Selasa dan Rabu lalu, masing-masing merekodkan RM51.97 juta dan RM10.60 juta,” tambahnya.

Sementara itu, institusi tempatan adalah pembeli bersih pada Selasa dan Rabu minggu lalu, masing-masing mencatatka­n RM57.68 juta dan RM13.23 juta.

Menurut MIDF Research, jualan bersih tertinggi dicatatkan pada Jumaat iaitu RM63.07 juta, manakala jualan bersih paling sedikit pada Khamis sebanyak RM25.96 juta.

Firma itu menambah, institusi tempatan menjadi penjual bersih selama 17 daripada 20 minggu setakat tahun ini, menjual ekuiti sehingga RM8.11 bilion.

“Peruncit tempatan adalah penjual bersih dari Selasa hingga Khamis, dengan jumlah jualan bersih RM13.55 juta.

“Dengan pengecuali­an Jumaat, peruncit tempatan merekodkan belian bersih RM5.52 juta untuk minggu itu,” katanya.

Dari segi penyertaan, pelabur asing menyaksika­n peningkata­n purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 13.14 peratus, manakala peruncit tempatan mencatatka­n penurunan 1.06 peratus dan institusi tempatan turut merosot 0.75 peratus.

MIDF Research berkata, Malayan Banking Bhd merekodkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM2.92 juta minggu lalu, manakala Inari Amertron Bhd menyaksika­n aliran keluar wang bersih terbesar iaitu RM2.3 juta.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia