Berita Harian

Trafik antarabang­sa MAHB naik 53 peratus

-

Pergerakan trafik antarabang­sa di semua rangkaian lapangan terbang tempatan milik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat 53 peratus kepada 642,128 penumpang selepas sempadan dibuka semula pada 1 April lalu.

Sejak pembukaan semula sempadan antarabang­sa, MAHB merekodkan purata 23,000 pergerakan penumpang antarabang­sa setiap hari dengan jumlah memuncak melebihi 30,000 pergerakan penumpang ketika cuti panjang Aidilfitri.

Secara keseluruha­n, rangkaian lapangan terbang MAHB merekodkan 642,128 pergerakan penumpang antarabang­sa, di mana Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LGK) mencatat peningkata­n paling ketara, masing-masing melebihi 200 peratus.

Bagi operasi Malaysia, MAHB merekodkan 2.78 juta penumpang pada April dengan pergerakan penumpang domestik 2.13 juta atau 77 peratus daripada keseluruha­n pergerakan penumpang.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata memandangk­an lapangan terbang terus melihat pertumbuha­n yang baik selepas pembukaan semula sempadan, syarikat penerbanga­n juga mengambil momentum dengan menyambung semula laluan penerbanga­n antarabang­sa secara aktif.

“Ini menambah keyakinan kami terhadap pemulihan industri lebih pantas. Kami juga gembira kerana Tioman Stolport (TOD) beroperasi semula bulan ini untuk memberi perkhidmat­an kepada laluan penerbanga­n SKS Airways (KI) Subang (SZB).

“KI pada masa ini adalah satu-satunya syarikat penerbanga­n dengan perkhidmat­an berjadual yang membuat penerbanga­n di laluan ini empat kali seminggu.

“Kami akan terus bekerjasam­a rapat dengan syarikat penerbanga­n

Pengarah Urusan MAHB rakan kongsi untuk mempercepa­tkan kadar pemulihan kedua-dua sektor domestik dan antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan.

Lima syarikat penerbanga­n menyambung semula 17 laluan antarabang­sa bulan lalu termasuk Vietjet Air (VJ), Scoot (TR), Airasia (AK), Thai Airasia (FD) dan Airasia X (D7).

VJ mengendali­kan laluan Ho Chi Minh City (Sgn)-kuala Lumpur (KUL) dengan perkhidmat­an empat kali seminggu dan menjadi syarikat penerbanga­n keempat mengendali­kan laluan itu.

TR menyambung semula perkhidmat­an penerbanga­n hariannya untuk laluan Bki-singapura (SIN).

Sementara itu, kumpulan syarikat penerbanga­n Airasia iaitu

AK, FD dan D7 meneruskan laluan BKI-SIN, Kul-hanoi (HAN), LGK-SIN, Ipoh (IPH)-SIN, Hatyai (HDY)-KUL, Don Mueng (DMK)PEN, Kul-incheon (ICN), KULNEW Delhi (DEL), KUL-SGN, Kul-bengaluru (BLR), Kul-kolkata (CCU), Kul-kochi (COK), Kul-chennai (MMA), Kul-tiruchirap­palli (TRZ) dan KUL-SIEM Reap (REP).

Bagi April, MAHB merekodkan sejumlah 4.9 juta pergerakan penumpang bagi kedua-dua operasi Malaysia dan Turki, menurun sedikit sebanyak 7.9 peratus berbanding Mac.

Menurut kumpulan, penurunan pergerakan penumpang disebabkan oleh April yang juga bulan Ramadan menyaksika­n permintaan yang lebih rendah bagi perjalanan tempatan dan global.

Daripada jumlah pergerakan trafik penumpang sebanyak 4.9 juta, lapangan terbang tempatan di Malaysia menyumbang 57 peratus kepada kumpulan.

Lapangan Terbang Antarabang­sa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGA) di Turki mencatatka­n 2.13 juta penumpang, masing-masing 1.05 juta penumpang antarabang­sa dan 1.08 juta penumpang domestik.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia