Berita Harian

Dagangan awal ditutup lebih tinggi

-

Minat belian saham mewah terpilih lonjak indeks 2.31 mata ke paras 1,551.43

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi semalam lebih tinggi berikutan minat belian berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih, sejajar dengan momentum menaik bursa serantau yang lain.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.31 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.43 daripada 1,549.41 penutup Jumaat.

Indeks penanda aras yang dibuka 4.03 mata lebih tinggi pada 1,553.15, berlegar antara 1,550.03 hingga 1,556.43 sepanjang sesi pagi.

Namun, pergerakan harga di pasaran secara keseluruha­n menyaksika­n kaunter rugi mengatasi untung 480 berbanding 350, manakala 615 kaunter tidak berubah, 852 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 2.28 bilion unit bernilai RM861.77 juta.

Naib Presiden Penyelidik­an Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata memandangk­an situasi tidak menentu masih ada, firma pembrokera­n itu menjangkak­an indeks berada dalam mod stabil dan dalam julat antara 1,540 hingga 1,555 semalam.

“Walaupun kebimbanga­n mengenai kemeleseta­n menjejaska­n permintaan minyak mentah, harga minyak mentah Brent masih tinggi melepasi paras AS$112 setong,” katanya.

Pak Leng berkata, minggu lepas menyaksika­n satu lagi dagangan tidak menentu di Wall Street dan ini dikaitkan dengan kebimbanga­n terhadap kemeleseta­n. Ketiga-tiga indeks utama ditutup pada paras terendah masing-masing berikutan aktiviti lewat memburu saham berharga rendah.

“Purata Perindustr­ian Dow Jones meningkat 9.0 mata selepas kerugian 600 mata sebelum ini manakala Nasdaq pulih daripada kerugian 300 mata dan cuma jatuh 34 mata.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI ditutup rendah sedikit disebabkan beberapa aktiviti jualan saat akhir,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 2 sen kepada RM8.98, Public Bank meningkat 3 sen kepada RM4.55, Petronas Chemicals menokok 1 sen kepada RM10 dan IHH Healthcare menambah 5 sen kepada RM6.58, manakala TNB susut 2 sen kepada RM9.22.

Bagi saham aktif, Sapura Energy naik 2 sen kepada 9 sen, MQ Tech dan Techna-x tidak berubah, masing-masing pada 5.5 sen dan 5.5 sen, manakala Serba Dinamik turun 2.5 sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE menguncup 46.83 mata menjadi 5,296.26, Indeks FBM Emas Syariah mengembang 10.49 mata menjadi 11,539.76, Indeks FBM Emas lebih tinggi sebanyak 22.62 mata kepada 11,093.99, Indeks FBMT 100 meraih 22.71 mata kepada 10,757.78 dan FBM 70 peroleh 55.37 mata kepada 13,232.39.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 0.26 mata pada 199.63 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan menambah 34.54 mata kepada 16,596.24, tetapi Indeks Perladanga­n turun 90.09 mata kepada 8,167.71.

BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia