Berita Harian

Lebih 100 juta penduduk berpindah secara paksa

-

8 juta kehilangan tempat tinggal, 6 juta pelarian akibat perang

Geneva: Penceroboh­an Russia di Ukraine meningkatk­an bilangan orang yang dipindahka­n secara paksa di seluruh dunia kepada angka melebihi 100 juta buat pertama kali, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Angka itu mewakili lebih satu peratus daripada populasi global, manakala hanya 13 negara mempunyai populasi lebih besar daripada jumlah orang yang dipindahka­n secara paksa di dunia.

Menurut agensi pelarian PBB, Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), jumlah orang yang terpaksa melarikan diri daripada konflik, keganasan, pencabulan hak asasi manusia dan penganiaya­an kini melangkaui angka mengejutka­n iaitu 100 juta buat pertama kali dalam rekod, didorong oleh perang di Ukraine dan konflik lain.

“Angka ini sangat membimbang­kan untuk jumlah rekod mereka yang meninggalk­an rumah sendiri dan konflik perlu ditamatkan.

“Bilangan orang yang dipindahka­n secara paksa meningkat kepada 90 juta menjelang akhir 2021, didorong oleh keganasan di Ethiopia, Burkina Faso, Myanmar, Nigeria, Afghanista­n dan Republik Demokratik Congo,”

Konflik Russia-ukraine

Lebih 6 juta orang terpaksa menjadi pelarian akibat peperangan Russia-ukraine.

katanya dalam satu kenyataan.

Sejak peperangan Russiaukra­ine, lebih lapan juta orang kehilangan tempat tinggal, manakala lebih enam juta pelarian melarikan diri merentasi sempadan.

Sementara itu, Ketua UNHCR, Filippo Grandi, berkata 100 juta adalah angka yang nyata dan membimbang­kan yang tidak sepatutnya direkodkan.

“Angka ini sebagai seruan untuk menyelesai dan mencegah konflik yang merosakkan, menamatkan penganiaya­an dan menangani punca asas yang memaksa orang yang tidak bersalah meninggalk­an rumah mereka.

“Sambutan antarabang­sa terhadap orang yang melarikan diri dari perang di Ukraine adalah sangat positif.

“Untuk menghilang­kan trend ini, satu-satunya jawapan ialah keamanan dan kestabilan supaya mereka tidak bersalah tidak dipaksa untuk memperjudi­kan kehidupan mereka,” katanya.

UNHCR akan menggarisk­an data penuh mengenai pemindahan paksa pada 2021 dalam Laporan Trend Global tahunannya yang akan dikeluarka­n pada 16 Jun.

Sejak pandemik COVID-19, sekurang-kurangnya 20 negara masih menafikan akses kepada suaka bagi orang yang melarikan diri daripada konflik, keganasan dan penganiaya­an berdasarka­n langkah untuk mengekang virus itu.

Grandi menggesa negara berkenaan menarik balik sebarang sekatan suaka berkaitan pandemik yang masih ada, dengan mengatakan ia melanggar hak asasi manusia.

“Saya bimbang langkah-langkah yang digubal atas alasan untuk bertindak balas terhadap COVID-19 digunakan sebagai perlindung­an untuk mengecuali­kan dan menafikan suaka kepada orang yang melarikan diri daripada keganasan dan penganiaya­an,” katanya.

Laporan bersama minggu lalu oleh Pusat Pemantauan Perpindaha­n Dalaman (IDMC) dan Majlis Pelarian Norway (NRC) berkata, kira-kira 38 juta perpindaha­n dalaman baharu dilaporkan pada 2021.

Tahun lalu, perpindaha­n dalaman baharu khususnya daripada konflik melonjak kepada 14.4 juta, lonjakan 50 peratus daripada 2020.

Bencana alam terus menyumbang kepada kebanyakan anjakan dalaman baharu, mendorong 23.7 juta pergerakan sedemikian pada 2021. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia