Berita Harian

‘Ukraine tidak akan jadi ahli EU dalam tempoh terdekat’

-

Paris: Tawaran Ukraine untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) tidak akan dimuktamad­kan dalam tempoh 15 atau 20 tahun lagi, sekali gus menolak harapan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky untuk menyertain­ya dengan segera.

Menteri Perancis untuk Hal Ehwal Eropah, Clement Beaune, berkata mereka perlu jujur dan sekiranya ada yang memberi harapan Ukraine akan menyertai EU dalam tempoh terdekat, ia adalah satu pembohonga­n.

“Ia mungkin dalam 15 atau 20 tahun atau mengambil masa yang lama.

“Saya tidak mahu menawarkan sebarang ilusi atau pembohonga­n kepada Ukraine,“katanya, mengulangi tawaran Presiden Emmanuel Macron untuk mewujudkan komuniti politik Eropah yang lebih longgar yang boleh membantu mengintegr­asikan Ukraine dengan blok itu lebih awal.

Berikutan itu, Zelensky mengecam kompromi sedemikian dan bersetuju dengan permulaan segera proses ke arah keahlian penuh EU.

Beaune berkata, cadangan Macron bukanlah alternatif untuk menyertai komuniti politik Eropah dan tidak menghalang keahlian di kemudian hari.

Jelasnya, di bawah rancangan Macron, mungkin terdapat peredaran bebas di Eropah dan ia boleh mendapat manfaat daripada belanjawan Eropah untuk pembinaan semula dan kebangkita­n negara, masyarakat dan ekonominya.

Dalam masa yang sama, pemimpin EU lain juga mengalualu­kan Ukraine, yang aspirasi pro-baratnya dilihat sebagai sebab utama Presiden Russia, Vladimir Putin melancarka­n penceroboh­annya ke atas negara itu pada 24 Februari.

Bagaimanap­un, inisiatif komuniti politik Eropah oleh Macron akan dibahaskan pada sidang kemuncak EU pada Jun ini. AFP

Menteri Perancis untuk Hal Ehwal Eropah

Kyiv, Ukraine: Presiden Poland, Andrzej Duda, tegas menyatakan sokongan negaranya untuk membantu Ukraine ketika tentera Russia tanpa henti menyerang Kyiv, bandar barisan hadapan di timur.

Duda dalam ucapannya di Kyiv, berkata selepas Bucha, Borodianka dan Mariupol, kini tidak ada urusan yang boleh dilakukan dengan Russia.

“Dunia yang jujur tidak boleh kembali seperti biasa dan melupakan jenayah, penceroboh­an, hak asasi yang telah dimusnahka­n,” katanya sambil merujuk kekejaman dilakukan Russia terhadap orang awam di bandar berkenaan.

Lawatan Duda ke Kyiv perlu diberi perhatian kerana peranan besar dimainkan Poland dalam konflik, mengalualu­kan jutaan pelarian Ukraine ke negaranya dan menjadi titik transit untuk senjata Barat dan bantuan menuju ke Ukraine.

Sementara itu, Kyiv meneruskan serangan balas diplomatik, menyasarka­n perhimpuna­n elit perniagaan dan politik dunia di pusat peranginan gunung Switzerlan­d Davos, ketika negara Barat terus menyokong pertahanan Ukraine.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dijangka mengadakan persidanga­n video dengan perwakilan Davos untuk menandakan pembukaan Ukraine House Davos, sebuah forum untuk Kyiv dan penyokong antarabang­sanya.

Duda menegaskan bahawa Poland dan Ukraine mempunyai masa depan bersama dalam Kesatuan Eropah (EU), tetapi sesetengah ahlinya mengambil sikap berdiam diri.

Dalam perkembang­an lain, perunding utama Russia dalam rundingan damai dengan Ukraine, Vladimir Medinsky, berkata Moscow bersedia untuk menyambung semula rundingan, tetapi keputusan itu kekal dengan Kyiv.

“Perbincang­an membekukan sepenuhnya adalah inisiatif Ukraine,” katanya. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia