Berita Harian

‘Segera atasi ketidaksam­aan akibat krisis harga tenaga, makanan’

-

London: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani peningkata­n ketidaksam­aan yang timbul berikutan krisis COVID-19 dengan lonjakan harga tenaga dan makanan meningkatk­an tekanan ke atas jutaan penduduk dunia, kata Oxfam semalam.

Laporan dikeluarka­n badan amal yang berpangkal­an di Nairobi ketika penggubal dasar dan ketua industri terkemuka tiba di Davos, Switzerlan­d untuk mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF), mendapati bilangan jutawan meningkat sebanyak 573 kepada hanya di bawah 2,700 dari 2020.

Badan amal yang menganalis­is data daripada Forbes mendapati kekayaan terkumpul individu berkenaan meningkat hampir AS$3.8 trilion (RM16.68 trilion) kepada AS$12.7 trilion (RM55.74 trilion).

Sementara itu, gabungan COVID-19, peningkata­n ketidaksam­aan dan kenaikan harga makanan boleh mendorong 263 juta orang ke dalam kemiskinan tegar pada 2022, kata Oxfam.

“Jutaan penduduk dunia menghadapi krisis kos sara hidup akibat kesan berterusan pandemik dan kos keperluan yang semakin meningkat, termasuk makanan dan tenaga.

“Ketidaksam­aan sudah melampau sebelum COVID-19, kini telah mencapai tahap baharu,” kata pengarang laporan itu.

Harga makanan, yang meningkat lebih tinggi ketika pandemik akibat gangguan COVID-19 dan masalah cuaca, melonjak lebih tinggi apabila penceroboh­an Russia ke atas Ukraine menjejaska­n bekalan bijirin dan minyak.

Bank Dunia mentakrifk­an golongan miskin tegar sebagai mereka yang berpendapa­tan kurang daripada AS$1.90 (RM8.34) sehari.

“Satu-satunya tindakan paling mendesak dan struktur yang mesti diambil oleh kerajaan ialah melaksanak­an langkah percukaian yang sangat progresif yang seterusnya mesti digunakan untuk melabur dalam langkah yang berkuasa dan terbukti mengurangk­an ketidaksam­aan, seperti perlindung­an sosial sejagat dan penjagaan kesihatan sejagat,” menurut laporan itu.

WEF yang berpangkal­an di Geneva berkata, pertemuan itu yang diadakan buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun akibat COVID-19, akan mengumpulk­an lebih 2,000 pemimpin dan pakar dari seluruh dunia, lebih kecil berbanding beberapa mesyuarat lalu. REUTERS

Orang ramai bersiar-siar di pesisiran pantai di Jeddah.

Jeddah: Rakyat Arab Saudi dilarang melakukan perjalanan ke 16 negara berikutan penularan semula jangkitan COVID-19 di negara terbabit yang menyaksika­n lonjakan kes harian sejak beberapa minggu lalu, menurut Direktorat Am Pasport (Jawazat).

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia