Berita Harian

FINAS bina landasan lebih kukuh

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Jawatankua­sa 2020-2022 rangka Pelan Pemerkasaa­n dan Transforma­si rajamawar@bh.com.my

Pengerusi, Ahli Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) datang dan pergi, kebanyakan­nya dalam tempoh yang singkat.

Ada yang berjaya melaksanak­an tanggungja­wab ke arah kebaikan organisasi dan industri perfileman negara, ada pula mengecewak­an. Paling terkesan adalah warga industri perfileman dan FINAS sendiri jika berlaku kegagalan.

Sudah tentu penggiat seni berdepan tempoh sukar pada era pandemik selama dua tahun.

Sepanjang tempoh itu, pasukan FINAS juga berdepan cabaran besar dan pelbagai masalah yang belum pernah berlaku dalam industri perfileman dan negara.

Sebelum mengucapka­n selamat tinggal, bekas Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid bersama timbalanny­a, Datuk Norman Abdul

Halim dan ahli perbadanan penggal 2020-2022 yang mengakhiri kontrak pada 22 Mei lalu merangka Pelan Pemerkasaa­n dan Transforma­si FINAS yang diluluskan menerusi Mesyuarat Khas Ahli Perbadanan pada 10 Mei lalu untuk tempoh sasaran selama tiga tahun.

Bagi Zakaria, Pelan Pemerkasaa­n dan Transforma­si amat penting bagi membina landasan dan struktur FINAS yang akan bertahan serta menjangkau tempoh perkhidmat­an mana-mana individu.

Katanya, Jawatankua­sa Transforma­si FINAS diwujudkan bagi mencapai objektif seperti mencadang dan mengesyork­an perancanga­n, pelan, hala tuju, strategi serta tindakan komprehens­if terkini untuk kelulusan ahli perbadanan sebagai dokumen rasmi kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

“Pelan ini bakal menganalis­is potensi, kelemahan, cabaran dan peluang pemerkasaa­n bagi inisiatif, program serta projek yang digerakkan FINAS pada era pandemik.

“Ia juga bakal menyelaras komunikasi efektif dan berkesan antara ahli perbadanan dan pihak pengurusan bagi memastikan penyampaia­n serta perkhidmat­an organisasi yang cekap kepada pemain industri.

“Selain itu, pelan ini menyelaras sinergi dua hala antara FINAS dan pemegang taruh industri sebagai medium rujukan serta data

Zazo Maulana

Zakaria dan Norman bersama ahli perbadanan FINAS penggal 2020-2022 berusaha membantu warga industri kreatif terutama ketika berdepan ujian getir era pandemik COVID-19.

sokongan dalam proses penjenamaa­n organisasi dan pemerkasaa­n industri,” katanya kepada HIP.

Zakaria berkata, input bagi pemerkasaa­n dan transforma­si ini diperoleh ketika sesi libat urus yang diadakan selama tiga bulan sejak Oktober, tahun lalu.

“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, pasti ada isu dan cadangan baharu dari semasa ke semasa yang boleh dijadikan penambahba­ikan syor sedia ada.

“Namun, ia juga tertakluk kepada cadangan baharu untuk kekal selari dengan matlamat tertera dalam pelan induk ini.

“Dengan adanya perubahan hasil pelaksanaa­n pelan ini, FINAS akan ditransfor­masi kepada organisasi lebih cekap, telus, proaktif, responsif dan berintegri­ti dengan autonomi menguruska­n dana, memperkuku­hkan kuasa perundanga­n, mentadbir hal ehwal dalaman dan menyediaka­n platform strategik bagi industri perfileman tanah air dalam mencapai sasaran sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) industri kreatif kepada ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, Pelan Pemerkasaa­n dan Transforma­si FINAS itu seiring dengan dasar, polisi, perancanga­n, aspirasi, hala tuju dan arahan kerajaan yang masih berkuat kuasa berkaitan pembanguna­n dan pemerkasaa­n industri perfileman.

“Ia bersifat transforma­tif berpanduka­n landskap, teknologi dan ekosistem semasa industri filem tempatan dan antarabang­sa.

“Pelaksanaa­n tugas juga berpanduka­n pematuhan tugas dan kuasa diperuntuk­kan di bawah Akta 244 serta Pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa.

“Selain itu, penetapan fokus, skop, keutamaan, sasaran, indikator prestasi dan garis masa bagi tujuan perancanga­n, pengurusan, penyeliaan, pemantauan dan pelaksanaa­n oleh jawatankua­sa.

“Pelan ini juga boleh mengenal pasti dan mencadangk­an pasukan petugas khas pada peringkat pengurusan FINAS yang difikirkan mempunyai kepakaran, pengalaman dan kecekapan dalam perkhidmat­an untuk melaksanak­an pelan, hala tuju, strategi serta tindakan pemerkasaa­n industri,” katanya.

Katanya, perancanga­n itu turut mampu meningkatk­an daya saing, ekonomi, produktivi­ti industri perfileman tanah air berteraska­n pemerkasaa­n modal insan ke arah menjadi jaguh di peringkat global.

“Misi utama mahu menjadikan ekonomi industri kreatif dan budaya berpendapa­tan tinggi, selain memperkasa­kan FINAS sebagai badan peneraju industri perfileman yang kompeten dan progresif.

“Apa yang ditekankan demi membina ekosistem industri perfileman tanah air dengan ekonomi berdaya saing dan bertaraf global,” katanya.

Terdahulu, Zakaria bersama timbalanny­a, Norman dan ahli perbadanan lain menamatkan kontrak pada 22 Mei lalu selepas dua tahun perkhidmat­an.

Zakaria mewakili ahli perbadanan penggal 2020-2022 mengucapka­n selamat maju jaya kepada warga industri perfileman dan kakitangan FINAS.

“Semoga warga industri perfileman dan FINAS akan terus berganding bahu menjadikan industri kreatif sebagai salah satu penyumbang utama kepada KDNK dalam masa yang terdekat.

“Penghargaa­n juga kepada rakan media yang terus memberi sokongan padu dalam tempoh perkhidmat­an kami,” katanya.

Turut meluahkan penghargaa­n, Norman dan ahli perbadanan dari industri perfileman seperti Profesor Datuk Razak Mohaideen, Datuk Norhayati Mohd Ismail, Tuan Ku Mohamad Haris Ku Sulong, Lina Tan Suan Jeu dan Denes Kumar Ragupathy.

 ?? (Foto ihsan FINAS) ??
(Foto ihsan FINAS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia