Berita Harian

Lagu Duhai Hati uji kekuatan vokal Zazo

-

Biarpun kekuatan vokal sudah diuji, namun mendendang­kan lagu runut bunyi drama terbaru di TV3, Aku Bukan Isteri Bidaan berjudul Duhai Hati bukan semudah disangka. Juara program realiti, Lagu Cinta Kita musim ketiga, Zazo Maulana menyahut cabaran menyampaik­an lagu Duhai Hati ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, manakala liriknya dihasilkan Ikhwan bersama produser, Arisz Ab Rahman itu. Menyifatka­n lagu Duhai Hati unik dan beremosi, Zazo atau nama sebenarnya Siti Zaleha Zolkeply berkata, lagu berkenaan mengisahka­n perasaan cinta yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata.

Zazo amat berterima kasih kepada Alternate Records & Talents kerana memberikan­nya peluang untuk menyanyika­n lagu runut bunyi.

“Lagu Duhai Hati tidak mudah untuk didendangk­an, tetapi saya sahut cabaran menyanyika­nnya dengan penuh emosi.

“Saya harap pendengar dan orang yang baru mengenali saya dapat menerima lagu Duhai

Hati dengan terus memberikan sokongan demi perkembang­an kerjaya nyanyian saya,” katanya kepada HIP.

Lagu Duhai Hati dilihat sesuai menjadi lagu runut bunyi drama Aku Bukan Isteri Bidaan yang dibintangi Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Wanns Ahmad, Ellyas Abdullah dan ramai lagi.

Ia menemui penonton menerusi slot Samarinda di TV3 sejak 16 Mei lalu.

Zazo bukan pendatang baharu dalam industri muzik kerana pernah berduet dan menghasilk­an beberapa lagu bersama komposer terkenal, Tam Mustafah

sejak dua tahun lalu.

Minat yang mendalam membuatkan Zazo sanggup memilih kerjaya sebagai penyanyi busking bersama gitarnya sehingga merantau ke luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia.

Bakat Zazo semakin terserlah apabila berjaya menjadi juara program realiti, Lagu Cinta Kita musim ketiga bersama pasanganny­a, Syafeek Ikhwan.

Lagu Duhai Hati nyanyian Zazo Maulana edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di semua pelantar digital.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia