Berita Harian

2 episod ICSYVMY5 raih 3 juta tontonan

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Barisan juri panel penyiasat tetap I Can See Your Voice Malaysia 5, iaitu Rosyam, Janna dan Andi.

Edisi Syawal ICSYVMY5 menampilka­n Naim dan Tajul ceria dengan telatah Izzue dan Ain.

Gelagat panel penyiasat tetap meriahkan lagi musim baharu bhnews@bh.com.my

Program hiburan bercorak muzik misteri nombor satu di Malaysia, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasi­kan menerusi program popular Korea Selatan kembali rancak untuk musim kelima dengan barisan hos dan panel penyiasat baharu.

Mengikut sumber Nielsen, ICSYVMY5 mendapat sambutan luar biasa dengan mencatatka­n rating terkumpul melebihi 3 juta penonton menerusi dua episod baharu ketika bersiaran.

Menerusi episod istimewa edisi Syawal menampilka­n Naim Daniel dan Tajul sebagai artis jemputan, manakala episod kedua menyaksika­n Nabila Razali dan MK berjaya mendapatka­n penyanyi sebenar pada pusingan akhir.

Bersama hos baharu,

Izzue Islam dan Ain Edruce, ICSYVMY5 menampilka­n Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai panel penyiasat tetap.

Kali pertama digandingk­an atas pentas sama, keserasian Izzue dan Ain mengendali­kan program ICSYVMY5 berjaya merancakka­n suasana studio dengan cara penyampaia­n bersahaja dan ceria.

Tidak ketinggala­n, pelbagai gelagat lucu dan kerenah panel penyiasat tetap, Rosyam, Janna dan Andi yang ‘bersungguh­sungguh’ membantu artis jemputan untuk mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri.

ICSYVMY5

Voice Malaysia 5

ICSYVMY5

I Can See Your

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia