Berita Harian

Perjuangan Ahmad Idham dapat sokongan

-

Usaha murni pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, memperjuan­gkan Hab Pendidikan Khas yang dimulakan sekitar Ampang akhirnya mendapat perhatian masyarakat dan pemimpin.

Perjuangan pengarah filem box-office, Adnan Sempit itu memperting­katkan pembanguna­n dan kesedaran terhadap pendidikan khas bukan usaha mudah berikutan sistem sokongan terhadap golongan anak istimewa di Malaysia agak kritikal.

Hanya ibu bapa memiliki anak istimewa memahami pendidikan khas satu keperluan, selain ada antaranya tidak mendapat pendedahan mendalam menjaga anak istimewa, memahami kepentinga­n modul pembelajar­an dan terapi terbaik.

“Hari ini terlakar sejarah baharu dalam hidup saya apabila perjuangan Hab Pendidikan Khas yang saya mulakan sekitar

Ampang dapat perhatian masyarakat dan pemimpin.

“Ini adalah perjuangan saya dalam membela nasib anak istimewa agar keresahan mereka didengari masyarakat serta pemimpin.

“Anak istimewa memerlukan sistem sokongan komuniti agar untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal,” katanya kepada HIP.

Ahmad Idham berkata, dia terharu apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sudi meluangkan masa menyantuni dan menyampaik­an duit raya kepada anak istimewa ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Negeri Selangor, baru-baru ini.

“Saya berterima kasih kepada Pengerusi BERSATU Negeri Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari kerana mengangkat Hab Pendidikan Khas ke peringkat lebih tinggi.

“Saya menganggap ia pembakar semangat dalam terus istiqamah dalam memperjuan­gkan anak istimewa melalui wadah Hab Pendidikan Khas ini.

“Saya juga akan memperbany­akkan program dan menyusun aktiviti dari semasa ke semasa demi memperkuku­hkan sistem sokongan komuniti ini,” katanya.

Ahmad Idham berkata, dia juga bersyukur usahanya mendapat kerjasama Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Pusat Jagaan Persatuan Komuniti Istimewa dan ibu bapa yang berganding bahu merealisas­ikan perjuangan Hab Pendidikan Khas itu.

“Saya hanya mengharapk­an keredaan Allah agar apa yang sedang diusahakan memberi manfaat besar kepada anak istimewa,” katanya.

Muhyiddin (kanan) bersama Ahmad Idham menyampaik­an duit raya kepada golongan anak istimewa pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia