Berita Harian

Salah, Son kongsi Anugerah Kasut Emas

-

London: Mohamed Salah dan Son Heung-min berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kedua-dua penyerang itu menjaringk­an gol pada hari terakhir musim ini. Pemain Korea Selatan, Heungmin meledak dua kali dalam kemenangan 5-0 Tottenham di Norwich untuk mengumpul 23 gol liga musim ini - satu mengatasi Salah, tetapi pemain Mesir itu meledak gol di akhir permainan dalam kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Wolves. Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di tempat ketiga dengan 18 gol.

Jaringan Salah membantu skuad kendalian Jurgen Klopp menamatkan saingan satu mata di belakang Manchester City, yang bangkit menjaringk­an tiga gol dalam tempoh lima minit untuk menewaskan Aston Villa 3-2.

“Sukar untuk saya mempercaya­inya. Saya amat terharu. Saya mengimpika­nnya ketika kanak-kanak. Sekarang ini ia di tangan saya,” kata Heung-min, 29.

Dalam pada itu, jurulatih Spurs, Antonio Conte mengakui ia adalah hari yang sempurna apabila skuadnya membelasah Norwich, 5-0 pada perlawanan terakhir liga untuk mengesahka­n tempat ke Liga Juarajuara

Eropah, musim depan.

Spurs menamatkan saingan dua mata di depan Arsenal dan menyedari seteru di utara London itu menewaskan Everton di Emirates dan mengharapk­an anak buah Conte tewas, untuk menafikan tempat keempat liga.

Sementara itu, Burnley tersingkir daripada saingan EPL selepas kekalahan 1-2 di tempat sendiri kepada Newcastle United pada perlawanan terakhir musim ini, sekali gus jatuh ke divisyen dua buat kali pertama sejak 2015. Sebelum ini, Norwich dan Watford turut tersingkir. AFP

Mohamed Salah

Son Heungmin

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia