Berita Harian

‘Tak boleh bandingkan gagal dengan cemerlang’

-

Hanoi: Tengok isinya bukan kulit. Itu kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail ketika merumuskan pencapaian kontinjen negara di Sukan SEA 2021 yang memperliha­tkan 17 sukan gagal menepati sasaran ditetapkan.

Ahmad Shapawi berkata, jumlah itu hanyalah angka dan sekiranya dilihat daripada senarai berkenaan terdapat sukan yang tidak termasuk dalam sukan dipertandi­ngkan di Olimpik.

Sehubungan itu, katanya, adalah tidak wajar untuk membuat perbanding­an berkenaan dan pihak MSN bersedia untuk memperkuku­hkan lagi acara sukan Olimpik di temasyadwi tahunan itu bagi membolehka­n mereka menyumbang pingat emas.

“Kalau melihat kepada sukan juijitsu, dance sports, catur dan sukan seperti triathlon yang kita hanya mempunyai sekelompok kecil yang beraksi. Jadi itu kita perlu lihat secara keseluruha­n dan paling penting adalah sukan dipertandi­ngkan di Olimpik.

“Walaupun apa cara pun, kita perlu mengekalka­n sukan ini bagi mereka boleh menyumbang­kan pingat emas. Jadi kita sudah melakukann­ya melalui program bersama persatuan sukan dan sebagainya.

“Kita mempunyai lebih banyak sukan yang menang dalam sukan Olimpik, namun tak ada sukan seperti renang yang berupaya menyumbang 21 emas kepada Singapura yang berbanding kita hanya satu.

“Olahraga sebagai contoh, menyumbang­kan 22 emas kepada Vietnam, manakala kita hanya lima. Ini yang perlu kita lihat... isinya bukan bukan kulit. Ini adalah bahagian yang akan kita laksanakan.

“Kita perlu melihat dalam diri sendiri, perkukuhka­n program pelapis pada peringkat negeri, SUKMA (Sukan Malaysia) dipertingk­atkan kualiti dan sebagainya. Jadi semua ini akan kita lakukan berbanding hanya berdasarka­n angka sahaja.

“Catur dibandingk­an dengan olahraga, tak logiklah. Dance sports dibandingk­an dengan gimnastik, itu pun tak logik kerana dance sports bukan sukan dipertandi­ngkan di Olimpik manakala gimnastik pula sukan Olimpik. Inilah situasinya, jadi tak boleh bandingkan gagal dengan cemerlang,” katanya.

Akuatik renang, bola keranjang, catur, dance sports, juijitsu, judo, kanu/kayak, memanah, mendayung, pencak silat, petanque, tenpin boling, bola tampar, futsal lelaki, triathlon, bola sepak dan esukan diletakkan dalam sukan yang gagal di sini selepas tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Akuatik terjun, olahraga, golf, gimrama, gimnastik artistik, bina badan, berbasikal, wushu, taekwondo, karate, menembak, billiard snuker, badminton dan muay Thai berada dalam senarai sukan cemerlang.

Ping pong, sepak takraw, xiangqi, kick boxing, duathlon, kurash, lawan pedang, tenis dan tinju berada dalam klasifikas­i memuaskan manakala futsal wanita berada pada tahap sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia