Berita Harian

TMJ cabar Sanusi dedahkan nama

- Oleh Zulfaizan Mansor

Dakwaan ‘tokong’ dalam bola sepak

Pemilik JDT mahu Presiden KFA tunjuk bukti, fakta dakwaan

Juara Terbuka Thailand

Tunku Abdul Rahman (kiri) dan Tunku Abu Bakar bersama hadiah masing-masing.

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahka­n nama individu yang beliau gelar sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak Malaysia.

Menerusi satu ciapan pada akaun Twitter miliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut meminta Menteri Besar Kedah itu menyatakan semua dakwaan yang dimaksudka­n dengan menyertaka­n bukti dan fakta.

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembur, badut Mc Donald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician,” tulis TMJ.

Muhammad Sanusi sebelum ini mencetuska­n kontrovers­i apabila mendakwa ada individu yang mengawal bola sepak Malaysia, dengan mengelarka­nnya sebagai ‘tokong’, namun tidak mendedahka­n nama individu berkenaan.

Malah, ada yang mendakwa isu berkenaan turut menjadi punca JDT memanggil semula penyerangn­ya, Syafiq Ahmad yang dipinjamka­n kepada pasukan Kedah Darul Aman FC untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan.

Dalam perkembang­an lain, TMJ dalam kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi kelab JDT iaitu Johor

Southern Tigers, kelmarin menjelaska­n beliau sudah menyatakan masalah yang dihadapi bola sepak tanah air sejak 2013.

Katanya, apa yang diperkatak­an itu memang berlaku dan kejayaan yang dicapai skuad Harimau Selatan ketika ini menjadi ikutan pasukan lain.

“Dari 2013 semua benda saya katakan berkenaan dengan pencapaian JDT dan masalah bola sepak tanah air, pemain, kemudahan dan pembanguna­n bola sepak semua dipertikai­kan oleh orang yang tiada pencapaian dalam industri bola sepak. Tetapi pada hari ini, semua yang saya cakap berlaku dan diikuti,” katanya.

Muhammad Sanusi

Kuala Lumpur: Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim membuktika­n kehebatan dalam dunia perlumbaan selepas masing-masing menaiki podium pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia di Litar Antarabang­sa Sepang, hujung minggu lalu.

Tunku Abdul Rahman berganding­an dengan Nick Foster dari Australia memenangi perlumbaan pembuka tirai Sabtu lalu, manakala Tunku Abu Bakar bersama pemandu berpengala­man, Jazeman Jaafar mengakhiri saingan di tempat kedua perlumbaan kedua, semalam.

Kedua-dua putera Sultan Johor itu beraksi bersama pasukan Triple Eight JMR yang menampilka­n dua jentera Mercedes AMG GT3 dalam kategori Pro-am.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam kenyataan menerusi media sosial miliknya memuji prestasi dan pencapaian yang dilakar kedua-dua puteranya itu dalam perlumbaan berkenaan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada kedua-dua anak lelaki saya atas keputusan cemerlang mereka hujung minggu ini di Sepang. Saya harap mereka terus beraksi dengan baik sepanjang musim ini,” titah baginda.

Kejayaan Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar menyaksika­n pasukan yang diwakili mereka kini berada di kedudukan kedua kejohanan dengan 61 mata.

Selepas Sepang, saingan GT World Challenge Asia akan diteruskan di empat litar Jepun iaitu Suzuka, Fuji, Okayama dan Sugo sebelum berakhir di Litar Mandalika, Indonesia pada Oktober ini.

GT World Challenge Asia adalah satu daripada perlumbaan sokongan bagi pusingan pertama Siri Kejuaraan Malaysia (MCS).

Hoki Piala Asia

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia