Berita Harian

‘Zii Jia kena rendah diri’

-

Kuala Lumpur: Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Itulah yang dimahukan Indra Wijaya terhadap anak didiknya, Lee Zii Jia yang kini berada di kemuncak prestasi selepas menjuarai saingan Terbuka Thailand di Bangkok, kelmarin.

Jurulatih dari Indonesia itu mengingatk­an pemain nombor enam dunia berkenaan agar kekal merendah diri dan perlu sedar betapa lebih banyak cabaran hebat bakal dihadapiny­a dalam usaha menakluki dunia.

“Sekarang, tiada lawan yang mudah. Jadi, Zii Jia perlu kekal merendah diri dan bekerja keras dalam latihan bagi mengekalka­n konsistens­inya. Apa yang dicapainya ketika ini adalah satu permulaan buat dirinya. Dia harus sentiasa bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang lebih hebat selepas ini,” kata Indra kepada BH Sukan.

Zii Jia, 24, mencetuska­n kebangkita­n sensasi pada set ketiga bagi merekodkan gelaran kedua-dua berturut-turut tahun ini apabila menjuarai Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain China, Li Shi Feng 17-21 21-11 23-21 dalam aksi final di Impact Arena.

Dia menjadi pemain ketiga negara merangkul gelaran itu selepas Yong Hock Kin pada 2001 dan Muhamad Hafiz Hashim (2005). Pada 1 Mei lalu, pemain dari Alor Setar itu merangkul gelaran pertamanya tahun ini apabila mengunggul­i saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila.

Seminggu selepas itu dia bersama skuad negara membawa cabaran dalam saingan Piala Thomas yang menyaksika­n dia menang semua perlawanan, termasuk menewaskan bintang sensasi Jepun, Kento Momota dan

Indra Wijaya juara Seluruh England, Lakshya Sen dari India.

Susulan kejuaraan di Bangkok, Zii Jia dijangka menembusi kelompok lima terbaik ranking dunia buat kali pertama dalam kerjayanya menerusi kemas kini terbaru yang dijadual dikeluarka­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) minggu ini.

Sementara itu, Zii Jia mengakui puas apabila dia akhirnya berjaya merekodkan gelaran secara berturut-turut menerusi kejayaan di Bangkok itu.

“Secara jujurnya sebelum perlawanan saya keletihan dari aspek mental dan fizikal. Namun, saya terlalu mahukan kejuaraan ini. Inilah yang saya mahukan selama ini iaitu menjadi juara secara berturut-turut dan ia sangat bermakna untuk diri saya.

Kuala Lumpur: Malaysia memulakan misi memburu tiket ke Piala Dunia 2023 dengan bergaya apabila membelasah Oman 7-0 dalam aksi pertama Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, semalam.

Pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Rahim meledak hatrik bagi meletakkan skuad negara mendahului 3-0 apabila menyempurn­akan dua pukulan sudut penalti pada minit keenam dan 13 sebelum menyudahka­n penalti stroke minit ke-19.

Penyerang prolifik negara, Faizal Saari terus meletakkan Malaysia selesa di depan apabila menjaringk­an gol padang minit ke-23 sebelum Shahril Saabah meledak gol kelima skuad negara 11 minit kemudian.

Dua lagi gol skuad negara hadir menerusi gol padang yang disudahkan Faiz Jali pada minit ke-40 dan Ashran Hamsani minit ke-48.

Jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj mengakui gembira dengan kemenangan itu, tetapi pada masa sama mengingatk­an anak buahnya untuk kekal fokus terutama bagi menghadapi tentangan Korea Selatan dalam aksi kedua kumpulan, hari ini yang disifatkan sebagai ujian sebenar buat skuad negara.

“Kita semua tahu Korea Selatan memiliki barisan jurulatih yang baik selain beberapa pemain utama yang turut berkeboleh­an untuk menjaringk­an gol menerusi pukulan sudut penalti.

“Banyak peningkata­n dapat dilihat dalam pasukan Korea Selatan berdasarka­n aksi mereka dalam saingan ACT (Trofi Juara-juara Asia). Jadi, kami perlu buat persiapan terbaik kerana esok akan menjadi satu lagi perlawanan yang lain dan hari ini sudah menjadi sejarah,” katanya sejurus tamat perlawanan semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia