Berita Harian

‘Segera berubah atau kedudukan bertambah teruk‛

-

Hanoi: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi peringatan kepada beberapa persatuan sukan kebangsaan agar segera berubah dan tidak menjadi beban kepada kontinjen negara di kejohanan berbentuk temasya.

Katanya, setiap persatuan harus bersikap adil dengan kontinjen dan bukannya menjatuhka­nnya.

“Ada persatuan sukan yang menterjema­hkan perancanga­n untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Ada masih lagi menggunaka­n semula orang yang sama dan cara pemikiran masih tidak berubah. Inilah ‘orang’ yang menjatuhka­n kontinjen.

“Ada antara persatuan sukan menyahut cabaran dengan menghantar atlet muda dan ada persatuan kata tak adil tidak hantar atlet senior tapi yang hantar atlet senior masih di takuk lama,” kata Norza yang juga presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurutnya, Malaysia harus perlu lebih berani menghantar atlet muda di Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei tahun depan.

“Sukan SEA Kemboja akan diadakan selepas berlangsun­gnya Sukan Malaysia (SUKMA). Jadi SUKMA akan jadi kayu pengukur kepada atlet muda apabila bila kita menghantar mereka beraksi di sana.

“Apa salahnya hantar atlet muda kerana tahap penyertaan mereka (selepas SUKMA) adalah Sukan SEA. Kita tidak boleh bergantung kepada atlet senior sahaja sampai bila-bila dan ia akan menyebabka­n kita tidak ada apaapa (atlet yang bagus) untuk Sukan Asia dan Olimpik,” katanya.

Norza berkata, jika tidak berubah, Malaysia akan berada di takuk yang sama iaitu di kedudukan sekarang atau teruk lagi daripada sekarang.

“Kalau kita tidak berubah dan berada di takuk ini, kita akan tetap nombor enam (kedudukan keseluruha­n). Silap-silap nombor tujuh. Jadi saya fikir, kita perlu cari bakat dan perlu lihat perkara ini serta mara ke depan,” katanya.

Sukan

 ?? ??
 ?? ?? Sukan 45
Sukan 45

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia