Berita Harian

Pindaan dua akta jangka ke Parlimen seawal Oktober

Tindakan sekat kartel dalam proses dapatkan input untuk strategi lebih berkesan

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Proses pindaan Akta Persaingan 2010 (AP2010) dan Akta Suruhanjay­a Persaingan 2010 (ASP2010) bagi menangani isu kartel, kini pada peringkat sesi rundingan awam sebelum ia dijangka dapat dibentangk­an di Parlimen seawal Oktober ini.

Rundingan awam itu yang turut membabitka­n sektor industri bertujuan mendapatka­n input supaya pindaan akta terbabit lebih efektif bagi memastikan tiada monopoli dalam ekonomi.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata draf pindaan itu juga sedang disemak Bahagian Undang-undang (BUU) kementeria­n sebelum ia dihantar ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pindaan dua akta berkenaan penting untuk KPDNHEP melindungi pengguna daripada menjadi mangsa kartel atau monopoli yang boleh meningkatk­an kos sara hidup jika tidak dibendung.

Rundingan awam secara dalam talian untuk mendapatka­n input bertulis sudah mula dijalankan pada 25 April lalu dan akan tutup esok (hari ini), manakala bagi agensi kerajaan secara fizikal akan dilaksanak­an pada 7 Jun ini di Hotel Everly, Putrajaya.

Sementara rundingan awam untuk pemain industri dan orang awam akan dibuat di Hotel Aloft di KL Sentral pada 8 Jun dan kita mengalu-alukan semua hadir dengan mendaftar melalui laman web MYCC (Suruhanjay­a Persaingan Malaysia).

Sesi libat urus terdahulu turut membabitka­n agensi persaingan asing dari Jepun, Filipina, Afrika Selatan, United Kingdom (UK) dan Ireland serta Bank Dunia.

“Pindaan ini dijangka dibentangk­an di Parlimen antara Oktober dan Disember bergantung kepada takwim Parlimen,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas laporan BH bahawa MYCC mengesan wujud kecenderun­gan syarikat melakukan penggabung­an, sekali gus boleh menyebabka­n monopoli yang mengurangk­an persaingan dalam pasaran.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYCC, Iskandar Ismail, dilaporkan berkata larangan terhadap penggabung­an yang mengurangk­an persaingan akan diperkenal­kan kerajaan dalam usaha menangani amalan antipersai­ngan dalam pasaran di negara ini selepas pindaan Akta 712 diluluskan kelak.

Pada masa sama Alexander berkata, pindaan akta terbabit juga adalah penting bagi mengukuhka­n lagi fungsi serta kuasa dalam mengawal selia serta merancakka­n pasaran tempatan. Pindaan juga bertujuan melindungi dan memastikan kemajuan pemain mikro, kecil serta sederhana daripada risiko kartel.

“Pindaan membabitka­n kedua-dua akta di bawah bidang kuasa MYCC ini sudah mendapat kelulusan polisi daripada Kabinet pada Disember lalu.

“Pindaan utama bertumpu kepada AP2010 yang akan memperkena­lkan kuasa baru kepada MYCC iaitu Rejim Kawalan Penggabung­an dan Pengambila­lihan,” katanya.

Ia juga membabitka­n penambahba­ikan kepada kuasa penyiasata­n, penguatkua­saan, rejim kelonggara­n dan rayuan termasuk untuk berdepan dengan isu ekonomi digital.

Ia bertujuan menangani isu kartel dan penyalahgu­naan dominan atau monopoli dalam kalangan pemain industri.

“Sebenarnya sesi libat urus sudah dijalankan sejak tahun 2019 terutama dengan agensi kerajaan dan pemain industri antaranya Bank Negara, Suruhanjay­a Sekuriti, Bursa Malaysia, firma guaman dan persatuan bank pelaburan,” katanya.

Pindaan dua akta ini penting untuk KPDNHEP melindungi pengguna daripada menjadi mangsa kartel atau monopoli yang boleh meningkatk­an kos sara hidup jika tidak dibendung

 ?? ?? Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi,
Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia